Tuesday, May 14, 2013

Demi Kesihatan

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah.

Sudah berbulan lamanya this humble blog of mine tidak di update.  Walaupun tidak aktif, saya tetap mahu mengekalkan blog ini.  Ianya sebagai tempat untuk saya menyimpan catatan yang saya hendak kongsi bersama sesiapa sahaja yang terjumpa blog ini dan paling penting saya mahu ia menjadi catatan kenangan kepada sesiapa sahaja yang mengenali saya terutamanya ahli2 keluarga saya.

Sejak dua menjak ini, tiada apalah yang menarik sangat untuk saya catat di sini.  Maklumlah, saya insan biasa yang menjalani hidup biasa-biasa sahaja.

Sejak hampir sebulan yang lalu, saya telah berazam untuk lebih menjaga kesihatan memandangkan berat badan saya sudah 10kg melebihi berat ideal.  Semasa pemeriksaan kesihatan pada Disember 2012, tahap Asid Uric saya juga telah naik melebihi tahap normal dan tahap kolestrol juga telah berada pada tahap yang menghampiri paras diluar normal.

Risau memikirkan perkara berkenaan, maka itu saya menjinak-jinakkan diri untuk memulakan exercise ringan2 seperti brisk walk dan menunggang semula exercise bike saya yang telah lama tidak digunakan :)

Syukurlah Pejabat saya berdekatan dengan taman riadah di kawasan  Pustaka Negeri Sarawak,  jadi mudahlah saya berjalan-jalan di situ sebelum balik ke rumah.  Di situ ada sebuah Tasik yang agak besar.  Sekali pusingan tasik tersebut jaraknya 1 Kilometer.  Biasanya saya dapat membuat 3 pusingan yang memakan masa kurang lebih 30 minit.  Berpeluhlah juga.

Kadan-kadang pada hujung minggu, saya juga berjalan di situ,  berseorangan atau bersama 2 orang kawan baik saya yg juga sebaya umur dengan saya.

Sambil berjalan mengelilingi Tasik, saya sempat juga mengambil gambar dengan telefon bimbit saya.

Berikut ialah pemandangan menarik yang saya sempat rakamkan.




Dalam Tasik ini terdapat begitu banyak ikan yang sengaja dipelihara di sini. Orang ramai dibenarkan untuk memberi ikan2 tersebut makan. Kadang2 diadakan Karnival memancing ikan di sni.

Adakalanya saya duduk di tepi Tasik sehingga matahari hampir terbenam.




Disini ada aktiviti Senamrobik  untuk sesiapa yang berminat.  Diadakan pada setiap petang.