Thursday, August 9, 2012

Biskut Kegemaran

Walau banyak biskut moden, saya tetap suka biskut gunting dan popia.  Kalau nak buat sendiri memang tak susah.  Saya pernah buat semua tu, tetapi popia saya yang digulunglah, bukan yang dipintal. Oleh kerana musim nak raya ni ramai yang menjual biskut2 tu, jadi lebih mudah, beli jer lah.

Kuih gunting tu memang favourite  sejak kanak-kanak lagi.  Mak selalu bekalkan saya dengan biskut gunting setiap kali balik ke asrama. Biskut gunting buatan mak saya lah yang paling sedap di dunia bagi saya. Walau saya tiru resipi mak...tetap tak sama.

Biskut Popia Pintal

Biskut Gunting



No comments:

Post a Comment