Thursday, January 19, 2012

Happy Birthday Haziq


Alhamdulillah...segala puji bagi Allah.

Hari ini, 19 Januari 2012, genaplah usia putera keduaku Muhammad Haziq bin Hadi yang ke 18 tahun.

Haziq sedang menunggu keputusan SPM. Selamat Hari Jadi puteraku sayang. Semoga menjadi anak yang soleh. May all your wishes come true. Doa mak sentiasa mengiringimu puteraku.

Tuesday, January 17, 2012

Cicak...

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah.


Jeng...jeng...jeng...ada cicaklah dekat side mirror kereta aku...eeeeeee

Cicak ni binatang yg sangat aku geli, tapi suka tengok especially cicak yg berwarna-warni tu atau yg orang panggil cicak tokek atau gecko.

Monday, January 16, 2012

Anis at 6

Satu-satunya anak perempuanku. Hanisah Raihanah atau Anis. Semoga menjadi anak yang solehah.

Anis dilahirkan pada 9 Mei 1999.










Masa Kecil

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah.

Antara gambar2 lama yg ada dalam simpananku di rumah kami di Kuching. Ada banyak lagi dalam simpanan di rumah keluarga kami di kampung. Dulu apak suka tangkap gambar. Syukur, sebab itulah kami adik-beradik banyak gambar2 masa kecil.

Gambar duduk atas kerusi tu saya masa umur lebih kurang setahun dan dua gambar yg lain tu ialah gambar2 kami 4 beradik semasa pertama kali berkunjung ke Kuching dalam tahun 1972. Dua orang lagi kanak-kanak dalam gambar tu ialah anak2 kawan apak yg juga bekas jiran kami semasa di Sibu. Saya bertuah sebab ada bergambar kenangan di atas Jambatan Gantung Kuching. Jambatan yg dibina semasa zaman pemerintahan Brooke itu sudah tiada lagi kini.


Keratan Akhbar

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah.

Semalam saya kemas2 kabinet dalam bilik tidur, terjumpalah dengan keratan2 akhbar ini yg saya simpan dalam clear holder. Jadi, sebelum keratan akhbar ini pudar dan tak boleh dibaca lagi, eloklah  scan dan simpan dalam blog ku ini sebagai kenangan..

Sayang sekali, ada lagi beberapa keratan akhbar yg ada muka saya telah hilang, mungkin dah terbuang secara tak sengaja. Saya ni bukanlah orang yg berpangkat besar, jadi tidaklah banyak muka saya masuk paper, bila sekali-sekala muka masuk paper tu, saya gunting dan simpanlah sebagai kenangan. :))

Keratan akhbar yg dah kekuningan ni diambil dari Sunday Tribune bertarikh 23 Oktober 1988. Gambar tu diambil semasa penyampaian sijil tamat SAO Induction Couse untuk seramai 41 orang Sarawak Administrative Officer intake tahun 1988. Utk SAO intake tahun 1988, drp 41 org, hanya 3 sahaja perempuan.:))

Yang di atas ni pula diambil semasa bertugas melayan tetamu2 VIP yg melawat Pameran Perayaan 45 Tahun Sarawak Merdeka pada tahun 2008. Banyak masa dan tenaga telah dicurahkan untuk mempastikan perlaksanaan pameran tersebut.

Saturday, January 14, 2012

Dodol Labu

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah.

Teringin nak makan dodol labu dari minggu lepas dah tapi baru tadi ada kesempatan nak buat.

Cara2nya: lecek labu yg sudah direbus, bahagikan kepada 3 bahagian. Masukkan tepung gandum yg sama banyak dengan 1 bahagian isi labu. Kemudian masukkan 1 bahagian gula dan 2 bahagian santan pekat. Masak dan kacau sehingga menjadi pekat. Gulungkan dalam kertas plastik dan potong kecil2 sebelum dihidang.

Nota: Resipi dari mak.

Friday, January 13, 2012

Cili Jeruk

Alhamdulillah...Segala Puji Bagi Allah.

Ini gambar jeruk cili yang ku buat beberapa ketika dulu. Resipi ambik dari internet lah :)

Kenapa cili merah tu timbul dan kenapa cili hijau tu tenggelam ? ...ha..ha..jawapan kena fikir sendiri kepada sesiapa yg mau berfikir :)

Rumah Terbuka Gawai JKM 2011

Saja suka2 nak upload gambar kenangan semasa Rumah Terbuka Gawai Jabatan Ketua Menteri 2011.

..bersama Hjh Sally dan Nur Anisa. He..he..sisa2 makanan di depan tu bukan semuanya kami yg punya tau..

Thursday, January 12, 2012

Lawatan Kerja

Alhamdulillah...Segala Puji Bagi Allah.

Dalam bulan Nevember yang lepas, aku berkesempatan menyertai rombongan Menteri-menteri Muda KPPS ke Bintulu. Selepas menghadiri taklimat di Pejabat Bintulu Development Authority, kami melawat Samalaju Industrial Park (SIP). SIP adalah sebahagian daripada kawasan perindustrian di dalam SCORE atau Sarawak Corridor For Renewal Energy. Buat masa ini terdapat empat buah kilang milik Syarikat dari luar negara yg sedang dalam pembinaan dlm kawasan SIP tersebut.

Salah sebuah kilang yg sedang dlm pembinaan di Samalaju Industrial Park. Kilang ini bakal menggaji 3000 org pekerja. Itu baru sebuah kilang, belum termasuk kilang2 lain lagi dan aktiviti-aktiviti perkhidmatan yg lain di kawasan tersebut nanti. Tidak lama lagi Bintulu bakal mengalami sekali lagi ledakan ekonomi.

Aha...yg ini pula perbincangan di bawah pokok dekat site :)


Facebook

Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah.

Bila bosan. aku suka buka Facebook. Dalam FB bukan sahaja dapat connect dgn kawan2 dan saudara-mara, yg paling penting aku dpt byk tahu hal-ehwal dunia dari FB melalui website yg aku Like dekat FB tu. Nak baca paper pun aku buka FB. Kalau nak baca blog2 kegemaranku pun aku akan buka FB...senang gitu.

Sambil berFB biasanya aku juga buat kerja lain seperti menonton TV atau dengar Radio. Kadang2 sambil masak atau sambil menunggu kukusan kuih pun aku berFB.

Memang seronok...boleh hilangkan rasa bosan sambil tambah kawan dan pengetahuan.


Ha..ha..sambil berFB, tengok TV and also on BlackBerry...

Anis


Alhamdulillah...Segala Puji Bagi Allah.

4 Januari 2012 yg lalu adalah hari pertama anak bungsuku Anis, masuk ke Tingkatan satu. Anis bersekolah di Sekolah Menengah Matang Jaya, hanya beberapa meter sahaja dari rumah kami, namun dek pagar Sekolah yang luas, penat jugalah kalau nak berjalan kaki ke Sekolah tu. So, Anis tetap akan dihantar dan diambil dengan kereta dari Sekolah.

Ni gambar Anis dan ayah dia sebelum pergi Sekolah pada pagi 4 Januari 2012 :)

Ku panjatkan rasa syukur kepada Yg Maha Kuasa kerana kini anak-anakku semakin menginjak dewasa. Semoga allah melanjutkan usiaku dan suamiku serta anak-anakku dalam keimanan kpd Nya dan dibawah naungan kasih sayang Nya selalu.

Semoga Anis dan abang2 Anis, Iqbal dan Haziq menjadi anak-anak yang soleh. Aamin.

Aku Kembali Ke Sini :)


Alhamdulillah..Segala Puji Bagi Allah.

Sudah lama benar aku tidak singgah ke sini. Ada hajat nak menulis tetapi pelbagai kekangan yang ku hadapi. Idea pun tak ada, tambahan pula sejak berpindah ke rumah baru, kami menggunakan Broadband kerana kabel telefon belum ada di tempat baru kami. Hanya kini barulah kami dapat menggunakan streamyx semula. insyaAllah, selepas ini aku akan menulis di sini lagi. Di ruangku ini. Pernah ku ingin menukar nama blog ku ini kepada "Dari Jendela Kamarku", namun bila difikir2kan semula...hhmm...tak best lah nama tu..so aku tukar kepada " Diari Hatiku"...insyaAllah, ia lebih sesuai. :)

Sejak 24 Oktober 2011 yg lalu, aku sudah berpindah tempat bertugas ke tempat dimana aku pertama kali bertugas dulu dalam tahun 1988. Setelah hampir 10 tahun bertugas di Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak (KPPS), pada penghujung 1997 aku telah dipindahkan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan setelah 13 tahun bertugas di 6 buah Jabatan yang berlainan, kini aku kembali semula ke KPPS. Sedar tak sedar...kini sudah 23 tahun aku bertugas dalam Perkhidmatan Awam.

Hidup bagai roda..ia berpusing-pusing...siapa sangka aku akan kembali semula ke KPPS :)

Ada baiknya begini...aku suka juga bertukar-tukar tempat bertugas. Banyak pengalaman dan ragam manusia yg ku kenali. Ramai kawan baru yg ku temui di setiap Jabatan tempatku bertugas.

Aku harap aku akan berpeluang untuk bertugas di Jabatan yang lain lagi selepas ini kerana jika umur panjang, aku masih ada 12 tahun lagi sebelum bersara wajib pada usia 60 tahun :)

Ha..yang di atas tu gambar masa aku baru graduate dulu tahun 1987..setahun sebelum aku mula berkerja dengan Kerajaan Sarawak. Semasa konvo tu aku bertugas sebagai guru sandaran di SMK Meradong. Bersamaku dari kiri, Allahyarham Nek S (my late grandfather), mak, Abg Hadi (now my hubby), apak with my youngest sister, Mimi and Abam, my eldest brother.