Thursday, January 12, 2012

Aku Kembali Ke Sini :)


Alhamdulillah..Segala Puji Bagi Allah.

Sudah lama benar aku tidak singgah ke sini. Ada hajat nak menulis tetapi pelbagai kekangan yang ku hadapi. Idea pun tak ada, tambahan pula sejak berpindah ke rumah baru, kami menggunakan Broadband kerana kabel telefon belum ada di tempat baru kami. Hanya kini barulah kami dapat menggunakan streamyx semula. insyaAllah, selepas ini aku akan menulis di sini lagi. Di ruangku ini. Pernah ku ingin menukar nama blog ku ini kepada "Dari Jendela Kamarku", namun bila difikir2kan semula...hhmm...tak best lah nama tu..so aku tukar kepada " Diari Hatiku"...insyaAllah, ia lebih sesuai. :)

Sejak 24 Oktober 2011 yg lalu, aku sudah berpindah tempat bertugas ke tempat dimana aku pertama kali bertugas dulu dalam tahun 1988. Setelah hampir 10 tahun bertugas di Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak (KPPS), pada penghujung 1997 aku telah dipindahkan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan setelah 13 tahun bertugas di 6 buah Jabatan yang berlainan, kini aku kembali semula ke KPPS. Sedar tak sedar...kini sudah 23 tahun aku bertugas dalam Perkhidmatan Awam.

Hidup bagai roda..ia berpusing-pusing...siapa sangka aku akan kembali semula ke KPPS :)

Ada baiknya begini...aku suka juga bertukar-tukar tempat bertugas. Banyak pengalaman dan ragam manusia yg ku kenali. Ramai kawan baru yg ku temui di setiap Jabatan tempatku bertugas.

Aku harap aku akan berpeluang untuk bertugas di Jabatan yang lain lagi selepas ini kerana jika umur panjang, aku masih ada 12 tahun lagi sebelum bersara wajib pada usia 60 tahun :)

Ha..yang di atas tu gambar masa aku baru graduate dulu tahun 1987..setahun sebelum aku mula berkerja dengan Kerajaan Sarawak. Semasa konvo tu aku bertugas sebagai guru sandaran di SMK Meradong. Bersamaku dari kiri, Allahyarham Nek S (my late grandfather), mak, Abg Hadi (now my hubby), apak with my youngest sister, Mimi and Abam, my eldest brother.

No comments:

Post a Comment