Monday, January 16, 2012

Masa Kecil

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah.

Antara gambar2 lama yg ada dalam simpananku di rumah kami di Kuching. Ada banyak lagi dalam simpanan di rumah keluarga kami di kampung. Dulu apak suka tangkap gambar. Syukur, sebab itulah kami adik-beradik banyak gambar2 masa kecil.

Gambar duduk atas kerusi tu saya masa umur lebih kurang setahun dan dua gambar yg lain tu ialah gambar2 kami 4 beradik semasa pertama kali berkunjung ke Kuching dalam tahun 1972. Dua orang lagi kanak-kanak dalam gambar tu ialah anak2 kawan apak yg juga bekas jiran kami semasa di Sibu. Saya bertuah sebab ada bergambar kenangan di atas Jambatan Gantung Kuching. Jambatan yg dibina semasa zaman pemerintahan Brooke itu sudah tiada lagi kini.


No comments:

Post a Comment