Friday, October 25, 2013

Main2 Dengan Photo Editor

Biarkan gambar berbicara :)
Makan2 di Korea

At Glass Castle, Jeju Island Korea

Mode dilamun cinta at Nami Island Korea

Sedang berangan-angan

Trip to Jepara 2012

Me and Anis

Tuesday, October 22, 2013

Main Masak2

Saya tak pakar memasak.  Memasak pun ikut mood. Jadi, bila mood memasak saya timbul dan apa yang saya masak tu "menjadi", maka saya pun dengan rasa bangga dan syok sendiri mengambil gambarlah apa yang saya masak tu....hehehe

So, di bawah ini adalah beberapa gambar benda-benda yang saya masak.  Ada resipi saya dapat dari buku, ada dari blog dan ada juga resipi emak.  Resipi sendiri memang tak ader lah :)

Apam Labu

Bubur Pedas

Pasta Goreng

Lebihan kek raya saya buatkan puding lah konon nyer :)

Puding Oreo

Puding Roti Caramel

Chocolate Muffin

Vanilla Cup Cakes

Vanilla Cup Cakes dan Chocolate Rice Muffin

Carrot Cake

Moist Chocolate Cake

Nasi Hujan Panas

Ini yang paling selalu saya masak, Spaghetti , kegemaran anak2

Ini favourite saya...udang masak kunyit

Ini persiapan nak buat Moist Chocolate Cake :)

Thursday, October 17, 2013

Gambar2 Imbaskembali

Sudah lama saya tidak update tapak saya ni. Kalau ianya cermin memang dah penuh dengan habuk2.

Belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat dimana jua berada.

Saya baru perasan, kami sekeluarga tiada mengambil gambar sempena Hari raya aidil adha kali ini. Entahlah, mungkin suasana yang  kurang meriah menyebabkan kami tidak terfikir untuk mengambil gambar.  Tak apalah yang penting, anak-anak saya semua ada di rumah semasa sambutan Aidil Adha kali ini dan anak tiri saya yang bungsu juga ada berkunjung ke rumah bersama kawan-kawan dia. Walau suasana kurang meriah, namun saya bahagia menyambut Aidil Adha tahun ini bersama anak2 dan suami.

Gambar-gambar imbas kembali peristiwa2 dan aktiviti2 saya sejak dua bulan yang lepas:

Larian Hari Malaysia 2013

Menyertai Larian Hari Malaysia pada 7/9/2013

Bersama kawan2 yang turut serta dalam Larian Hari Malaysia
Majlis Akad Nikah 15/9/2013
Begitu ketentuan Nya, saya bertemu jodoh semula setelah bergelar ibu tunggal hampir setahun. Pernikahan kami dijalankan dengan majlis yang sederhana di rumah ibu-bapa saya di Kampung pada 15/9/2013.Tiada pelamin, tiada kompang, yang penting akad nikah. 
Suami saya juga merupakan saudara jauh saya sendiri.  Beliau ayah tunggal kematian isteri. Semoga rumahtangga yang kami bina ini akan kekal hingga ke Jannah. Amiin ya Rabb
Hanya Anis, anak bungsu saya yang dapat hadir semasa majlis pernikahan kami. Kedua-dua anak lelaki saya tidak dapat hadir kerana komitmen di Kampus dan begitu juga kedua-dua anak suami saya. Yang penting, semua mereka merestuai pernikahan kami. Syukur Alhamdulillah.



Annual Dinner 2013



Annual Dinner Office kami pada 5/10/2013 yang bertemakan Era 60an. Ramai lagi tu, tapi tak nak bergambar :}

Me and Anis, gambar hubby pun ada, tapi takut dia tak suka kalau saya letak di sini :)





Wednesday, August 14, 2013

Hari Raya Aidil Fitri 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H / 2013 kepada semua Muslimin dan Muslimat.

Hari ini 7 Syawal . Saya telah kembali berkerja pada 5 Syawal.

Raya Aidil Fitri kali ini saya dan anak2 sambut dengan penuh sederhana.  Kami beraya di Kampung halaman saya, Kampung Rejang.

Lantaran situasi yang kurang menggembirakan pada tahun ini, saya mengambil keputusan untuk tidak menyimpan gambar2 kami anak beranak berhari Raya pada tahun ini di sini.

Sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya, mohon maaf zahir dan bathin kepada semua. Jika ada sesiapa yang ada berbuat silap dengan saya dengan sengaja atau tidak, di mana jua anda berada, samada anda ada membaca tulisan saya ini atau tidak, saya seikhlas hati memaafkan anda semua.

Hidup di dunia hanya persinggahan, tiada maknanya kita membenci dan bermusuhan.  Kita semua ini hamba Allah dan kepada Nya lah semua kita akan kembali.

My Trip To Korea 2013

Pada 29 Mei hingga 4 Jun 2013 saya telah pergi melancong ke Korea Selatan bersama kawan baik saya Norihah Adenan dan Masniah Bujang.  Kami pergi bersama rombongan yang kebanyakannya para guru.

Antara tempat yang kami lawati ialah Seoul, Jeju Island dan Nami Island.

Tempat2 tersebut memang menarik. Jika ada rezeki, saya ingin berkunjung semula ke sana bersama orang tersayang.

Berikut antara gambar2 yg sempat saya ambil.

Di Hadapan Istana Lama di Seoul


Bersama Masniah Bujang dan Norihah Adenan


At Nami Island

Belajar Membuat Kimchi

Baju Tradisional Korea


Tuesday, May 14, 2013

Demi Kesihatan

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah.

Sudah berbulan lamanya this humble blog of mine tidak di update.  Walaupun tidak aktif, saya tetap mahu mengekalkan blog ini.  Ianya sebagai tempat untuk saya menyimpan catatan yang saya hendak kongsi bersama sesiapa sahaja yang terjumpa blog ini dan paling penting saya mahu ia menjadi catatan kenangan kepada sesiapa sahaja yang mengenali saya terutamanya ahli2 keluarga saya.

Sejak dua menjak ini, tiada apalah yang menarik sangat untuk saya catat di sini.  Maklumlah, saya insan biasa yang menjalani hidup biasa-biasa sahaja.

Sejak hampir sebulan yang lalu, saya telah berazam untuk lebih menjaga kesihatan memandangkan berat badan saya sudah 10kg melebihi berat ideal.  Semasa pemeriksaan kesihatan pada Disember 2012, tahap Asid Uric saya juga telah naik melebihi tahap normal dan tahap kolestrol juga telah berada pada tahap yang menghampiri paras diluar normal.

Risau memikirkan perkara berkenaan, maka itu saya menjinak-jinakkan diri untuk memulakan exercise ringan2 seperti brisk walk dan menunggang semula exercise bike saya yang telah lama tidak digunakan :)

Syukurlah Pejabat saya berdekatan dengan taman riadah di kawasan  Pustaka Negeri Sarawak,  jadi mudahlah saya berjalan-jalan di situ sebelum balik ke rumah.  Di situ ada sebuah Tasik yang agak besar.  Sekali pusingan tasik tersebut jaraknya 1 Kilometer.  Biasanya saya dapat membuat 3 pusingan yang memakan masa kurang lebih 30 minit.  Berpeluhlah juga.

Kadan-kadang pada hujung minggu, saya juga berjalan di situ,  berseorangan atau bersama 2 orang kawan baik saya yg juga sebaya umur dengan saya.

Sambil berjalan mengelilingi Tasik, saya sempat juga mengambil gambar dengan telefon bimbit saya.

Berikut ialah pemandangan menarik yang saya sempat rakamkan.




Dalam Tasik ini terdapat begitu banyak ikan yang sengaja dipelihara di sini. Orang ramai dibenarkan untuk memberi ikan2 tersebut makan. Kadang2 diadakan Karnival memancing ikan di sni.

Adakalanya saya duduk di tepi Tasik sehingga matahari hampir terbenam.




Disini ada aktiviti Senamrobik  untuk sesiapa yang berminat.  Diadakan pada setiap petang.