Sunday, March 21, 2010

Movie,Megazine and Laksa

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Sabtu 20 Mac 2010, saat aku rasa borink sangat sebab tak tau apa nak buat weekend ni, tseakan tau ku ni tengah borink, tiba2 Lela adikku telefon. Lela ajak bawa budak-budak menonton wayang, cerita Alice In Wonderland. Sebenarnya adikku Lela and family tinggal di Sarikei, saje datang ke Kuching untuk spent the weekend. Akupun setuju je lah walaupun rasanye cerita tu bukan taste aku tapi aku pasti Anis suka. Lela and family ambik aku dan Anis kat rumah. Hubby tak ikut. Orang bujang dua orang tu lagilah tak nak ikut. Almaklum, orang dah bujang, pergi tengok wayang pun dengan member2 dia orang je, Adikku Dewi serta suami dia Kamal dan anak2 pun ikut sekali. Yalah, anak-anak masih kecil, kenalah mak-bapak temankan. Lucu...sampai je kat MBO @ The Spring, tiket dah habis. Kami bergegas ke Star Cineplex, nasib baik masih banyak tempat walaupun kami agak lewat sikit masuk. Wayang dah start dalam lebih-kurang 10 minit.

Hmm...seronok gak tengok cerita si Alice ni. Tapi kalau tengok dalam 3D rasanyer aku tak sangguplah, Takut gak tengok makhluk2 aneh tu.

Ahad 21 Mac 2010: Aku cuba nak baca majalah, alamak susah nyer nak membaca sekarang ni. Majalah2 yg aku beli beberapa hari lepas tak terbaca lagi. Aku memang nak baca tetapi masalah mataku yg dah rabun dekat ni lah,,,alahai..mata. Minggu lepas aku dah tempah buat Reading Glass, tapi tak siap lagi. Kata orang kat kedai cermin mata tu, cermin aku kena tempah kat Singapore sebab agak complicated nak buat becoz of problem mataku yg pelbagai ni. Kesiannyer aku..terbang lagi lebih Rm500 sebab nak buat reading glass. Tak pe lah, yg penting, aku boleh membaca dengan selesa selepas ni. InsyaAllah. Majalah2 yg menunggu untuk dibaca:


Laksa Sarawak @ Planet Sambal kegemaranku. Kawan2 yg datang ke Sarawak pasti aku belanja makan ni. InsyaAllah.

2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Rosmawati

Dulu pernah dtg ke Sarawak, tapi tak jumpa pulak laksa tu
tikar dan pasu banyak le

kat KL ada ke kedai yg jual laksa sarawak tu
kan apa nak cuba rasa je

Wassalam

Rosma Majidee said...

Waalaikumsalam Rozali,

Lain kali kalau dtg Sarawak, contact saya. Nanti saya belanja makan Laksa Sarawak. Kat KL tak tau lah saya dimana ada dijual laksa tu.

Post a Comment