Friday, March 19, 2010

Putera Puteri.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Dah lama aku tak buat Catatan Seminggu. Nampak gayanye aku tak dapat nak komited buat catatan setiap minggu ni. Mulai sekarang, aku akan batalkan projek buat Catatan Seminggu :-) he..he... Anyway, aku akan tetap buat catatan, tapi topik nye taklah Catatan Seminggu lagi. Bergantunglah apa yg nak dicatat.

Ok, n3 kali ni aku nak buat catatan tentang kisah anak-anakku dan anak buahku yg paling latest. Ehem..ehemm..

Pada 11 Mac 2010 yg lalu, berakhirlah penantian anak sulungku Muhammad Iqbal (Miq) dan juga penantian kami sekeluarga sejak November 2009. Result SPM 2009 telah diumumkan pada hari tersebut. Syukur kepada Allah, keputusan Miq agak memuaskan walaupun aku tau ianya kurang dari target Miq sendiri. Tahniah kepada anakku Miq. Mak tetap memanjatkan syukur kepada Allah atas keputusan yg Miq dapat. Lantas tanpa berlengah, pada 12 Mac 2010, Miq dan rakan2 rapatnya pergi ke kampus UiTM Samarahan untuk bertanya tentang kursus yg layak mereka pohon. Kebetulan UiTM sedang membuat expo pendidikan. Alhamdulillah, banyak juga kursus yg boleh dipohon. Aku dan hubby, tidak mahu memaksa Miq, kami serahkan kepada Miq untuk pilih kursus yg dia minat. Sekadar memberi nasihat sahaja supaya tidak memilih kursus yg tertentu, tetapi kalau dia memang minat, kami pun tak akan halang. Pada 12 Mac 2010, Miq dan rakan2 pergi semula ke UiTM. Kali ini aku agak terkejut kerana Miq bawa pulang surat tawaran sementara untuk mengikuti Kursus Diploma Dalam Ukur Bahan (QS) di UiTM Samarahan. Alhamdulillah, ku panjatkan rasa kesyukuran yg tidak terhingga kepada Allah. Semoga Miq telah membuat pilihan yg tepat. InsyaAllah, semoga tawaran sementara itu akan menjadi tawaran yang sah tidak lama lagi.

Menitis air mataku. tidak lama lagi, anak sulungku akan meninggalkan rumah untuk tinggal di kampus. Terasa seolah-olah baru semalam aku melahirkan Miq. Begitu pantas masa berlalu.

Pada 17 Mac 2010, Miq dah dapat lesen memandu. Alhamdulillah, Miq dah ada lesen. Tidaklah aku risau lagi. Sebelum ini, Miq selalu curi2 pandu kereta tanpa lesen. Hati ibu mana yg tak risau? Sekarang barulah aku boleh serahkan kereta Satria lamaku kepada Miq.

Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anakku. Aamiin.

Ini pula kisah anak keduaku Muhammad Haziq (16 tahun). Pada minggu terakhir bulan Februari lepas (tak ingat haribulan), Haziq ada ambil ujian undang2 jalanraya. Hajat hati nak ambil lesen motorsikal. Tapi percubaan pertama Haziq ternyata gagal. Teruk Haziq ditertawakan oleh kami anak-beranak. Jangan marah ya Haziq. Funny..sebab orang pertama gagal ujian undang2 jalanraya dalam keluarga kami. Anyway, pada 13 Mac, Haziq duduk ujian sekali lagi. Alhamdulillah, kali ini Haziq lulus. Tahniah Haziq. Sabtu depan, bolehlah Haziq start bengkel untuk ambil lesen motorsikal pula.


Memandangkan minggu ini cuti Sekolah, aku ambil cuti rehat dua hari pada Isnin dan Selasa. Just want to spend time with the kids. Anakku yang bungsu, Hanisah Raihanah (Anis) komplen mata tak berapa jelas melihat papan putih dalam bilik darjah. So, aku bawalah dia checked mata. Alamak, memangpun ya. Jadi, mulai 15 Mac 2010, mak
a bermata empat jugalah sang puteriku yg satu ini.


Pada 14 Mac 2010, aku terima berita yang menggembirakan. Alhamdulillah, adik bungsuku (Mimi Mazrah), telah selamat melahirkan anak pertama di Hospital Putrajaya. Bayi lelaki comel yang diberi nama Aryan bin Muhammad Hafizuddin. Tahniah buat Mimi dan Hafiz.



Pada 17 Mac 2010, aku terima berita yg agak mencemaskan apabila baby Aryan dimasukkan ke ICU di Hospital Putrajaya kerana jaundice. Aku telefon iparku supaya bersabar dan banyakkan berdoa dan buat solat hajat Khuatir mengganggu Mimi, aku sekadar hantar sms je kat Mimi. Aku dan hubby juga turut berdoa untuk keselamatan baby Aryan. Syukur Alhamdulillah, hari ini Jumaat (19 Mac 2010), aku dapat berita gembira bahawa baby Aryan sudah dibenarkan pulang ke rumah. Tak sabar nak jumpa baby Aryan. Semoga baby Aryan sihat selalu. Aamiin.
















3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Rosmawati

Salam perkenalan
Salam uhkwah

maaf, saya kenal melalui blog (Ayahanda) nginap serengnge

atuk said...

Salam

taniah
atas kejayaan anak sulung puan
semoga berjaya dunia dan akhirat

Wassalam

Rosma Majidee said...

Walaikumsalam Rozali.

Terima kasih byk2.

Post a Comment