Sunday, February 28, 2010

Catatan seminggu 4/10

Minggu keempat bulan Februari 2010 merupakan minggu yg begitu menyenangkan. Aku rasa damai dan rileks sangat minggu ni. Di pejabat tak ada yg menyesakkan fikiranku. Alhamdulillah.

Hari Jumaat, cuti Maulidur Rasul. Petangnya aku, hubby, Anis, kak Saerah dan Asmah pergi ke Kpg Bako berdekatan Kuching untuk cari ikan fresh. Kpg Bako, sebuah kampung nelayan yg tidak jauh dari Kuching, from our house cuma lebih kurang setengah jam driving je. Kawan sepejabatku, Normah berulang-alik setiap hari dari Kampung Bako ke pejabat kami di Wisma Bapa Malaysia. Untuk pergi ke Kampung Bako, orang ramai perlu menggunakan perahu tambang. Kalau untuk membeli ikan, tidak perlu menyeberang sungai sebab market ikan letaknya diseberang Kampung Bako. Ha..layan gambar aku dan Anis posing atas Terminal Kampung Bako :-)


Papan tanda di Terminal Kampung Bako yang memberi amaran adanya buaya.






Antara ikan yang terdapat di Market ikan Kampung Bako. Ikan ni macam ikan todak, muncung tajam. Tak berani aku nak makan ikan macam ni. Aku beli ikan yang aku biasa makan je lah.




Hubby oh hubby kusayang, senyumlah sikit :-)

My hubby ni sangat baik dan penyayang walaupun dia punya senyum ada mahal sikit ler. Jangan marah ye abang . Senyum ke tak senyum, abang tetap hensemlah:-)

Alamak! baru ku perasan bumper depan keretaku dah tercalar! dimana aku mencalarkannya? oh no! aku langsung tak tahu. Terbang lagi fulus untuk respray. Baru dua minggu lepas my hubby dah sponsor respray tempat lain yg tercalar kat kereta ni. Now tercalar lagi. Adoi..adoi..kali ni kena bayar sendirilah.


Untuk kurangkan stress lepas tengok kereta yg tercalar, aku buat pudding caramel kesukaanku. Rupa memang kurang cantik tetapi sedaaap. Ha..ini masuk bakul angkat sendirilah :-) Ini gambar pudding yg dah 1/4 kena makan.

4 comments:

e.r.m.i.e z.e.n.t.i.e said...

dedek nisah dah pandey pose eh... he5x... bapak nang nya, bkan pandey nak senyum... serius ajak! he5x

myfuzzyworld said...

Salam,

Jangan lepaskan peluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

umie said...

salam..salam perkenalan kak..yuk..kau melanau belawai tp baruk sawah ngan to Johor...

umie said...

kau kerja kerani gak Suruhanajaya pencegahan rasuah malaysia(SPRM)putrajaya..kan janak ngan yai kak o? Kau muan tuak, Ngah kau muan gak kuching, radan dun wahet uji@belol...

Post a Comment