Hari Isnin hingga Jumaat (1 - 5/02/2010), merupakan hari-hari yang agak meletihkan. Selain daripada menghadiri beberapa mesyuarat mewakili Jabatan, aku dan staf Seksyen aku sibuk mengendalikan mesyuarat yang mana Seksyen aku adalah Urusetia . Namun aku bersyukur kepada Allah kerana mendatangkan pegawai-pegawai yang bijak, rajin dan berdedikasi berkerja denganku. Aku pernah terbaca dalam satu artikel, salah satu perkara yang boleh menimbulkan gangguan jiwa ialah apabila kita berkerja dengan idiot. Thanks God, for not sending me any idiot.
Pada hari Khamis (4/02/10), satu peristiwa kebetulan yang amat menakjubkan berlaku pada diriku. On that day, aku terima penyata zakat pendapatan untuk tahun 2009 dan pada masa yang sama aku menerima cek untuk khidmat yang pernah aku buat dalam sebuah organisasi kerajaan beberapa bulan yang lalu. Yang menakjubkan ialah, aku sudah lupa bahawa aku akan diberi honorarium untuk khidmat yang telah ku sumbangkan dan apabila aku buka sampul cek, jumlah yang aku terima, sama banyaknya dengan angka yang tercatat dalam penyata Zakat pendapatanku, tidak kurang satu sen pun. Subhanallah, segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah. Benarlah apabila kita berzakat dan bersedekah, kita bukan semakin miskin sebaliknya Allah akan tambahkan rezeki kita, kalau bukan sertamerta, pasti suatu hari nanti kita akan menerimanya.Lagipun kita dijanjikan pahala untuk setiap kebaikan yang kita lakukan. Lantas pada hari Jumaat, aku belanja satu office makan KFC. Kebetulan juga hari Ahad lepas ialah hari jadiku, jadi aku buat two in one.
Jumaat malam, aku pergi Dinner di Kelab golf Sarawak anjuran Jabatan tempat ku bertugas. Dinner sempena persijilan semula 5S dan farewell party untuk seorang staff kami yg bertukar ke Jabatan lain.
Seperti biasa, seakan sudah jadi tradisi, jika ada dinner mesti ada tarian poco-poco dan karaoke.
Aku ikut juga berpoco-poco, just for fun. I am still not good at it. Badan keruk macam kayu kata orang sarawak :).
Hari Sabtu, seperti biasa sibuk shopping barang2 groceries. Jam 4 petang aku tak miss menonton Suzy Ormon Show dalam channel CNBC. Itu kemestian pada hari Sabtu kecuali ada perkara yang tidak dapat dielakkan.
Hari Ahad sebelah petang, aku dan anis jemput hubby di Airport. My hubby was in Miri since friday. Dari airport kami ke rumah dewi untuk jengok mak dan apak yang baru sampai dari Kampung pagi tadi. Selepas solat asar, aku, hubby, Anis, mak dan apak pergi ke Kampung Goebilt, sebuah kampung nelayan berdekatan Kuching.
Di Goebilt kami singgah di rumah Makcik Hjh Ita, bekas jiran sekampung yang telah berhijrah ke Goebilt sejak lebih 30 tahun lepas. Anak-anak makcik Hjh Ita adalah kawan sepermainanku semasa kecil. Meski sudah banyak kali aku berkunjung ke Kpg Goebilt, aku tidak pernah berjumpa mereka sebab tidak tahu letak rumah mereka. Mak, yg sememangnya peramah telah bertanya dgn orang Kampung dimana rumah Makcik Hjh Ita. Rupa-rupanya rumah mereka betul-betul di depan tempat orang menjual ikan yang menjadi tumpuan ramai. Kami singgah di rumah makcik Hjh Ita sebelum pulang. Itulah kali pertama aku bertemu semula dgn makcik Hjh Ita sejak lebih 30 tahun lepas. Anak makcik Hjh Ita, Dahlia Hj Rashid juga ada bersama. Seronok dapat berjumpa jiran dan kawan lama. Dahlia sudah ada dua orang cucu.
Aku dan kawan lama semasa kecil: Dahlia Hj Rashid. Mak dan makcik Hjh Ita.
No comments:
Post a Comment