Sunday, February 14, 2010

Catatan Seminggu 2/10

Isnin 8/Feb, aku cuti. Pergi buat regular checkup at eye clinic di SGH. Dah setahun aku tak pergi for my eye checkup. Aku ni ada penyakit glaucoma since umur 30 plus. Kebiasaannya org dapat this eye sickness bila dah 50 or 60 keatas. Tak pe, aku redha. Sepatutnya pergi checkup every 6 months, tapi malas nak pergi. Anyway, this time visit tak jumpa Doktor, cuma buat pemeriksaan dgn some kind of mechine dlm bilik yg gelap gelita, entah apa2 nama mesin, aku pun tak tau. Aku diminta dtg lagi on 1/March to jumpa Doktor.

Tuesday to Friday, kerja di ofis mcm biasa je. Nothing interesting. Yang tak berapa sedap nak diingat tu adalah.

Saturday 13/Feb ialah birthday my anak sulung, Muhammad Iqbal (Miq). Miq dah 18 tahun. Miq anak yg aku tunggu2 selepas berkahwin pada 1989. Miq lahir 13.Feb.1992. Alhamdulillah, semoga Miq dipanjangkan umur, sihat, diluaskan rezeki dan sentiasa dlm keredhaan dan perlindungan Allah selalu. Ameen.

Malam, kami BBQ di rumah my mother in law. In conjunction with Miq punya birthday jugaklah.








Selain daripada beri sedikit wang sebagai hadiah harijadi(nota:Miq lebih suka wang sebagai hadiah setiap kali harijadi, nanti adalah yg dia nak beli), kali ni, aku suruh Miq baca buku ni:

Buku ni memang best, khasnya untuk dibaca oleh anak-anak remaja. Banyak inspirasi. Alhamdulillah, nampaknya Miq berminat membacanya.

Malam Ahad memang tidur lambat, aku dan jiran-jiran sebelah rumah keluar tengok jiran-jiran cina yg main bunga api dan mercun. Macam pesta. Tambahan kami memang banyak jiran berbangsa cina. Memanglah meriah dgn bunga api dan mercun setiap malam CNY. Tapi, yang hairannya my hubby tetap boleh tidur walaupun bunyi mercun dah macam bunyi tembakan machine gun.








Oleh sebab public holiday ada 4 hari from Saturday to next Tuesday, aku beri peluang my maid cuti and berambeh at rumah makcik dia who is also happened to be my mother in law and seorang lagi makcik dia is my mother in law punya sister. My late father in law who was from Daro, ialah adik kpd bapa to my maid and my late father in law punya adik lelaki pula berkahwin dgn adik kpd my mother in law(nota: sebelah my mother in law tu org Kpg Tupong Batu, Kuching). Ha..unik kan? Walaupun my maid tu dpt elaun from me every month, I tak pernah anggap dia as my maid sebenarnya. I lebih anggap dia sebagai my own sister. Dah hampir 11 tahun she stayed with us.

Oleh sebab dah terbiasa manja ada maid, aku dah jadi lebihlah malas nak masak. So my family lunch kat luar je on Saturday and Sunday. And for dinner, kita makan simple je.

Saturday, we all lunch at The Chicken Rice Shop at the Spring. Terlanjur pergi The Spring, and since sale pun masih on, jadi aku dan Anis pun singgah lah shopping. Aku beli sepasang pump shoe hitam and sepasang flip flop hitam. Dah memang peminat kasut hitam, apa boleh buat. Hampir semua kasut dan flip flop aku adalah black in color, cuma ada dua pasang berwarna brown. So, walaupun aku sering bertukar kasut pergi kerja, still nampak as if aku guna kasut yg sama setiap hari sebab dahlah warna sama, fesyen kasut pun hampir2 sama kesemuanya.

Aku dah try guna kasut warna biru and light pink, tetapi akhirnya kasut-kasut itu memburuk dgn sendirinya dlm almari. Aku rasa tak kena langsung aku pakai kasut warna lain :-)

Anis pula masih crazy dgn Lulu Belle dan Mor Girl, nasib baiklah beg yg Anis berkenan ni taklah mahal sangat. Kalau tak, kopeklah purse aku.

Ahad, aku masih malas masak, so kami lunch di luar at Planet Sambal di Padungan. This is one of my favourite tempat for lunch. Aku suka sambal petai dia and dia punya ayam rendang. Sedap.

Pukul 2:00 petang, my hubby dah lena atas sofa di ruang tamu, so terpaksalah aku took over jadi supir hantar Haziq pergi main futsal. Budak ni memang fanatik futsal. Selepas solat Asar, aku, hubby dan Anis pengilan makan doa selamat di rumah ngah Waili. Alhamdulillah, ngah Waili dah semakin sembuh.

Minggu ni ada perkara yg aku nak kenang seumur hidup dan ada perkara yg nak aku lupa selamanya. Apa dia? Biarlah rahsia.

No comments:

Post a Comment