Alhamdulillah, hari ini dah 21 hari kita berpuasa tahun ini. Hari ini aku dapat hadiah sekotak One Drop Perfume dari kawan baikku di Pejabat. Terima kasih banyak-banyak Normah. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia dalam kebahagiaan selalu.
Aku sudah lama tahu tentang One Drop Perfume ni. Ada hajat nak beli tetapi asyik menangguh-nangguh. Pada hal harganya bukanlah mahal. Rupa-rupanya inilah hikmahnya, aku nak dapat free. Syukur alhamdulillah. Bukan selalu kita dapat hadiah free dalam hidup ini, tetapi yang peliknya tentang diri aku ini, bila dapat hadiah, selalunya perfume.yang aku dapat. Suamiku hampir setiap kali birthday bagi hadiah perfume kecuali kalau aku sengaja minta hadiah lain. Jadi selepas ini kalau aku berhajat nakkan perfume, tak payah beli. InsyaAllah ada yang akan beri hadiah :)
No comments:
Post a Comment