Tuesday, January 19, 2010

Happy Birthday Haziq


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah, hari ini Ulangtahun Kelahiran ke-16 bagi anak keduaku: Muhammad Haziq bin Haji Hadi.

Haziq dilahirkan pada jam lebih kurang 3:45 pagi 19 Januari 1994 di Hospital Umum Sarawak. Sangat senang melahirkan Haziq. Aku tidak lama sakit semasa hendak melahirkan Haziq, mungkin sebab aku mengandung agak rapat. Semasa Haziq dilahirkan, Iqbal, anak sulungku baru berumur 1 tahun11 bulan.

Haziq tahun ini belajar dalam Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching. Kata Haziq, dia bercita-cita menjadi Jurutera. Sebagai ibu, aku tetap mendoakan kejayaan Haziq dalam apa juga bidang yang dia bakal ceburi. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka kepada Allah lah kita berdoa dan bertawakkal.

Semoga Haziq dipanjangkan umur dalam keimanan dan ketaatan yang menebal kepada Allah, diluaskan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam pelindungan dan keredhaan Allah.

Saturday, January 16, 2010

Ais Krim

Hari ini, selain daripada pergi menghantar dan mengambil Haziq bermain futsal dan Miq ke Sekolah Memandu, aku tak ada apa-apa rancangan lain. Suami tersayang masih di Johor atas urusan kerja. Rasanya aku nak cuba buat ais krim sendiri hari ini. Beberapa hari yang lepas aku ada jumpa resepi membuat ais krim dalam internet. Hmm...bahan-bahan dah pun ku beli semasa berkunjung ke Pasaraya tiga hari lepas.

Anis dan Haziq dah bertanya bila lagi aku nak buat Ais Krim tu. Tak sabar-sabar anak-anakku ini nak merasa ais krim buatan emak dia orang ni. Yalah..walaupun hari-hari boleh beli ais krim, tak kan sama dengan ais krim yang mak buat kan?

Jadi hari ni, aku nak buat ais krim sendiri for the very first time. InsyaAllah berjaya.

Saturday, January 2, 2010

Catatan hari kdua 2010 :)

Hari ini, Sabtu 2 Januari 2009. Esok hari terakhir cuti dan Isnin aku akan kembali berkerja dan anak-anak akan mula bersekolah. Jam dah hampir 12:00 tengahari. Agak bosan hari ni. Nak memasak pun tak ada mood, nasiblah Maid dah sampai dari Kampung. Hubby baru je pulang dari kenduri rumah kawan. Si hubbyku ni dah tiga hari berturut-turut memenuhi undangan keluarga dan taulan ke majlis kenduri Kahwin dsbnya. Aku letihlah nak pergi Majlis Kenduri2 ni, nasib hubby ada sebagai wakil keluarga kami. Kalau kita tak pergi langsung, tak elok juga, sebab salah satu hak sesama Islam ialah memenuhi undangannya (itu aku ada terbaca dlm satu artikel agama dlm surat khabar). InsyaAllah esok aku pergi Kenduri Kahwin anak orang Kampung kami yang juga saudara kepada mak dan apak yang menetap di Kuching ini dan suami pula akan pergi ke Kenduri Kahwin anak kepada sepupu dia. Banyak betul orang kahwin musim cuti ni.

Anak-anak remajaku yang dua orang tu baru sahaja bangun tidur, entah pukul berapa agaknya mereka masuk tidur semalam. Anis dengan kawan dia Bibi, sibuk dengan Farmville dalam FB.

Kalau hari-hari aku duduk di rumah macam ni, boleh buntu fikiran. Cuti dua minggu telah menyebabkan badan aku naik 4 kilogram. Eee...geram betul. Tak sabar nak masuk kerja semula & lepas ni nak dietlah. Aku mesti buang semula 4 kilo tu. Ha..itu salah satu azam tahun baru aku. Semoga berjaya ku ucapkan kepada diriku sendiri :)