Friday, October 19, 2012

Hari Keluarga Pejabat

  Hari Keluarga Kementerian kami tahun ni bertemakan Arabian Nite...biarkan sahaja gambar berbicara :)



Posing sebelum pulang ke rumah.

Anak daraku sayang

Thursday, August 9, 2012

Nikmatkah Kalau Makan Banyak Begini?

 Sekadar berkongsi....jika benarlah kejadian ini...alangkah kesihannya mereka kerana makan ikut nafsu bukan ikut sunnah.

Hidangan Majlis Makan Emir Qatar Buat Tetamunya….:

 Sebenarnya gambar bagaimana pemerintah Qatar, Syeikh Hamad bin Khalifa al-Thani melayani tetamunya sudah lama lama tersebar di internet


Bayangkan, nasi beriani dengan kambing seekor, diulang, bukan seketul, tapi seekor dihidangkan pada SETIAP TETAMU sewaktu majlis makan.

Macam manalah nak habis agaknya ye…tak tahulah kalau-kalau pak-pak sheikh tu boleh ‘menyelesaikan’ nasi beriani tu dengan sekali hadap.

Pendek kata, ‘confirm’ membazir!

Untuk rekod, dua tahu lepas Qatar dikatakan menduduki tempat pertama sebagai negara terkaya di dunia berdasarkan perdapatan per kapita yang mencapai US$ 109,881.00.

Perkembangan ekonominya meningkat sehingga 19.4% paling tinggi di dunia.

Kerajaannya juga pernah memberi ‘hadiah’ berupa kenaikan gaji antara 60% sehingga 200% kepada setiap pekerja di sektor awam!

Disebabkan menjadi negara terkaya di dunia dan kenaikan gaji yang sungguh luar biasa, tak dapat dinafikan taraf hidup juga meningkat dengan mendadak.

Qatar mengungguli senarai negara yang mempunyai kos hidup paling tinggi setakat ini.








Sumber: Mynewshub.my

Biskut Kegemaran

Walau banyak biskut moden, saya tetap suka biskut gunting dan popia.  Kalau nak buat sendiri memang tak susah.  Saya pernah buat semua tu, tetapi popia saya yang digulunglah, bukan yang dipintal. Oleh kerana musim nak raya ni ramai yang menjual biskut2 tu, jadi lebih mudah, beli jer lah.

Kuih gunting tu memang favourite  sejak kanak-kanak lagi.  Mak selalu bekalkan saya dengan biskut gunting setiap kali balik ke asrama. Biskut gunting buatan mak saya lah yang paling sedap di dunia bagi saya. Walau saya tiru resipi mak...tetap tak sama.

Biskut Popia Pintal

Biskut Gunting



Monday, August 6, 2012

Genap 50 tahun mengikut Kalendar Hijrah.

Alhamdulillah...syukur kepada Allah.  Semalam 16 Ramadhan 1433H.  Ini bermakna, mengikut kalendar Hijrah...saya sudah berumur 50 tahun kerana saya dilahirkan pada 16 Ramadhan 1383H.

Doa saya kepada Allah semoga saya dilanjutkan usia dalam keimanan, ketakwaan kepada Nya selalu. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya dan merahmati hidup saya dunia dan akhirat.  Doa yang sama buat semua ahli keluarga dan saudara seagama. Aamiin ya Allah.

Thursday, August 2, 2012

Terjumpa Sarang Burung Atas Jalan.


Plastik pun digunakan sang burung untuk buat sarang.


Tengahari tadi, semasa berjalan keluar dari kereta, saya terjumpa sarang burung ini di atas permukaan jalan.  Saya lihat sekitar, tiada pun pokok berdekatan.  Agak saya sarang ini telah diterbangkan angin.  Kesihan sang burung....

Saya ambil sarang ini dan bawa ke pejabat...saya belek-belek...ternyata burung turut menggunakan plastik dan kertas tisu juga untuk membina sarangnya..:))

Anis and One Direction

Dulu Anis minat Barbie..semua barang-barang nak jenama Barbie.  Lepas tu minat More Girls.  Tahun 2010 dan 2011, minat Justin Bieber...sekarang dah minat One Direction.

Ini gambar bilik Anis, sorry Justin...poster awak sudah diturunkan :))



Tuesday, July 24, 2012

Beg Anis


Anis suka beg.  Masa umur 3 tahun sehingga 9 tahun...Anis suka beg yang ada gambar Barbie.  Bila besar sikit...Anis suka beg Girls dan More Girls..sesuai dengan kegilaan kanak-kanak pada masa tu.  Sekarang Anis dah 13 tahun.  Minat kumpulan One Direction.  Jadi, beg pun mau yang ada gambar One Direction.  Untuk harijadi Anis ke 13, saya hadiahkan Anis beg yang ada gambar band group One Direction.  Beli online.  Selepas 2 minggu baru sampai.  Siap dengan nama HANISAH dicetak di depan beg.

Beg-beg ini Anis dah simpan...

Ini beg terbaru kegemaran Anis :)

My 1st Apam Labu

Pada hari Sabtu lepas, 21. Julai.2012, adalah bersamaan 1 Ramadhan 1433H.  Alhamdulillah...bertemu lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak.

Oleh kerana puasa jatuhnya pada hari Sabtu...maka dapatlah saya berpeluang memasak untuk keluarga.  Hari Sabtu lepas saya telah mencuba resepi baru yang saya jumpa dalam beberapa Blog Masakan yang saya sering singgah.  Resipi Apam Labu. Alhamdulillah...menjadi apam yang saya buat.  Sedap Apam Labu ni...lain kali nak buat lagi..:))


Wednesday, July 18, 2012

Hutan Kecil Di Belakang Rumah

Hutan kecil di belakang rumah kami sedang di bulldoze :((



Di belakang rumah kami ada kawasan hutan yang memisahkan kawasan perumahan kami iaitu Taman Matang Jaya II dengan Taman Syn-Syn dan Jalanraya utama yang menghubungkan kawasan Matang Jaya dan pusat bandaraya Kuching.

Sejak mendiami kawasan ini, saya amat menyenangi kawasan belakang rumah kami yang ada hutan.  Hutan kecil ini didiami oleh beberapa jenis binatang liar seperti musang, tupai dan pelbagai jenis burung termasuk sekali-sekala ada kumpulan kera yang bergayutan di dahan-dahan pokok.

Saya amat menyenangi bunyi siulan burung pada waktu pagi dari hutan ini.  Sekali-sekala nampak kelibat burung-burung yang jarang-jarang dapat kita lihat.  Kawanan burung pipit sudah menjadi sebahagian dari kehidupan harian keluarga kami.  Setiap pagi, pembantu rumah saya akan menaburkan nasi atau roti di belakang rumah kami untuk burung-burung pipit berkenaan.  Pemandangan burung-burung pipit menjamah nasi yang ditabur dan selepas itu bertenggek buat seketika di atas pagar rumah, adalah satu permandangan yang mengasyikkan bagi saya.

Kini semua itu akan lenyap bersama lenyapnya hutan itu dari belakang rumah kami.

Cuma harapan saya...biarlah kawanan burung-burung pipit masih sudi bertandang untuk menumpang rezeki bersama kami.

Saya berdoa semoga Allah menggantikan tempat yang lebih baik untuk binatang-binatang penghuni hutan berkenaan di satu tempat yang lain.

Inilah harga pembangunan...hutan dan kediaman binatang terpaksa dikorbankan untuk memberi laluan kepada manusia.

Tuesday, July 17, 2012

Kebun Rambu Ramba

Di belakang  rumah ada sekangkang kera tanah lapang..Kak Saerah...sepupu kepada Mr Hubby yang juga nanny kepada anak2 saya.... suka tanam menanam.  Saya tumpang nama jer..

Sebagai kenangan, simpan gambar2 di sini.  Nanti akan tambah gambar2 kebun dari semasa ke semasa.





 Labu kuning yang baru berbunga...insyaAllah menjadi buah :)

 Bunga2 yang ditanam di luar pagar rumah.



Kacang panjang...hasil tuaian dari kebun Kak Saerah.

Friday, July 13, 2012

Saved Images From The Net

Pernah buat carian imej sendiri dalam internet? Di bawah ialah antara gambar sendiri yang saya jumpa bila google image atas nama sendiri :))









Wednesday, July 4, 2012

Kerja Jer

Gambar2 kenangan semasa bertugas di Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Simpan sini untuk kenangan.







Pulut Panggang Sarawak

Ini dia pulut panggang Sarawak.  Ada yang berinti dan ada yang tidak berinti.  Saya suka yang tiada inti.

Anis and Me


Anis, my only girl.  She is 13+...:)  Dah sama tinggi dengan maknya.



Tudung Hitam

Today i wore black tudung to office.  One of our staffs negur...macam orang Iran puan ari tok. He..he...mun orang Iran nengar...kecik ati sidak nya..yalah..sidak idung mancung...kita tok idung penyek..he..he..style tudunglah maksud staff kamek ya...bukan muka kamek :))

InsyaAllah...starts from today..i will try my best to wear black tudung...azam baru...sebab hitam lebih sopan untuk makcik2. Nak kurangkan berhias-hias. InsyaAllah.




African Leaf

Ari Ahad lepas, pengilan makan hol Arwah Nenek di rumah Usu Siah. Sebelum ya...masa Usu ngabas mak di hospital, ada kamek madah ngan Usu hal kamek selalu sakit pinggang. Yalah masa pergi ke rumah nya ari ahad lepas, nya intoduced ngan kamek daun ditanam nya depan rumahnya.  Nama daun ya African leaf..nya nyuruh kamek coba minum sebab nya madah daun ya banyak khasiat. Benar juak..baru 2 kali kamek minum...alhamdulillah kurang dah rasa sakit pinggang kamek. Daun ya direndam dalam air panas..lepas ya minumlah.  Rasanya pahit..tetapi selepas beberapa saat..ada rasa manis sikit ditekak kita. 





Kasut..kasut

Kamek nang suka kasut.  Berbanding beg atau baju...kamek lebih suka kasut.  Hari panas bagus nyemur kasut. Kasut mun disimpan jak dalam lemari...lamak2 nya berkuap. :)

Majalah dari UM.

Alhamdulillah...ari marek  for the 1st time nerimak Majalah Titian  alUMni...Majalah Alumni Universiti Malaya.

UM is my alma mater.  Got my 1st degree in Economics from UM...class of 1984-1987.





Kucing/Pusak/Cat




Kucing/Pusak/Cat....i love them no matter what we called them . They are adorable and nice creatures.

Pusak kecik dua ekor ya adalah pusak pungut...dibuang orang dalam kotak depan rumah kamek. Nok pusak parsi sik berapa panjang bulu ya pusak pendatang.  Sik tauk sapa tuan nya.  Selalu datang numpang makan di rumah kamek orang. Last weekend si Parsi ya dah diambik oleh Yak..anak buah my hubby. Bagus juaklah Yak ambik nya...sik tekabir juak kamek orang nak jaga si Parsi ya...takut kelak luruh semua bulu tedah :)

Friday, June 15, 2012

Anak Patung Saya

Ini Tom...ia seekor kucing...tapi ia hanyalah sebuah patung. Saya suka Tom sebab bulunya sangat lembut.

Walau tak sama...namun Tom tetap mengingatkan saya kepada Si Putih, kucing kami yang telah hilang entah dimana.



Baju Korporat

Pejabat kami...Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak telah membuat baju Korporat baru tahun ini (2012)...warna dan corak pilihan boss besar kami.

Pertama kali dipakai semasa Seminar untuk para usahawan Industri Kecil dan Sederhana anjuran Kementerian kami di pekan Lawas, dalam Bahagian Limbang.  Itulah juga kali pertama saya berkunjung ke Lawas.





Serius nampaknya Kak Ros oi...

Gambar2 Lama

Blog saya ini umpama arkib peribadi...jadi...bila jumpa gambar2 lama yang saya sayang dan risau jika ia terhilang nanti, maka saya akan simpan disini.

Gambar2 ini antara gambar2 kenangan semasa kunjungan ke Taman Negara Mulu dan Pulau Talang Besar di Sarawak.  Sungguh sayang sekali, banyak juga gambar2 saya yang dah terhilang :(