Wednesday, February 29, 2012

BR1M

Dua minggu lepas berlangsung majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M kepada penduduk di kawasan Parlimen Satok.  Majlis berlangsung di Stadium Perpaduan Kuching, bersebelahan bangunan pejabat tempat saya berkerja.  Gambar di atas itu saya ambil dgn  Blackberry saya dari jendela pejabat kami di tingkat 12.

BR1M adalah bantuan Kerajaan berjumlah RM500 kepada ketua isi rumah yang berpendapatan RM3000 ke bawah.  Ia pertama kali berlaku dalam sejarah Malaysia.

Difahamkan, penerima telah diberikan jadual untuk mengambil vaucher bantuan yang mana ia diagihkan selama 3 hari di Stadium tersebut.  Namun apa yang berlaku ialah majoriti datang pada hari pertama dan ia telah menyebabkan kesesakan yang teruk dari luar hingga ke dalam Stadium.

Cerita yang tidak enak didengar ialah ada yang hilang motorsikal semasa mengambil vaucher bantuan bernilai RM500 itu.  Bayangkan...dapat RM500, tapi rugi lebih RM3000.  Kasihan, memang kasihan.

Cerita Hindustan

Hari Sabtu lepas saya menonton cerita Hindustan yang paling saya minati...Sangam..yang disiar di TV3 pada jam 3:00 petang dan selesai jam 5:00 petang.  Cerita Sangam ni dikeluarkan dalam tahun 1964, tahun saya dilahirkan.  Maknanya cerita ni dah dibuat 48 tahun yang lalu. Sejak pertama kali  menonton cerita Sangam yang disiarkan di TV beberapa tahun lepas, pabila diulang tayang...saya pasti menonton lagi.  Jadi, saya pun tak tahu berapa kali sudah saya menonton cerita Sangam ni.

Sejak TV3 menguar-uarkan akan menayangkan cerita Sangam pada Sabtu 25 Februari...saya memang menunggu. Cerita Sangam ni mengisahkan dua orang lelaki bersahabat baik yang mencintai wanita yang sama. Ia sebuah love story yang amat menyanyat hati. Tak dapat tidak...air mata saya jatuh juga menghayati cerita ini.  Namun yang paling saya suka ialah lagu-lagunya :))



Tanda Cinta

Alhamdulillah...rasa Cinta yang ada dihati setiap insan itu adalah anugerah Allah.  Cinta yang ada dihati kita untuk teman hidup kita memang tak perlukan lambang, namun sekali-sekala pabila Mr Hubby beri bunga kepada saya....seronoknya...ia sungguh bermakna.

Tuesday, February 28, 2012

Baju Kurung




Saya merupakan seorang peminat baju kurung tradisional. Rasanya 90% baju-baju dalam almari saya ialah baju kurung tradisional. Setiap hari ke Pejabat saya akan memakai baju kurung tradisional. Sekali-sekala saja saya pakai baju kurung moden. Bagi saya, baju kurung tradisional sangat ayu dan selesa dipakai.

Saya sangat suka melihat gambar-gambar Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zetty yang sentiasa manis berbaju kurung tradisional.

Pada masa kini, rasanya semakin kurang yang meminati baju kurung tradisional. Kebanyakan wanita Melayu kini hanya memakai baju kurung untuk ke Pejabat dan Majlis-majlis Rasmi seperti Kenduri kahwin sahaja. Agak mendukacitakan juga pabila kebanyakan orang awam yang berurusan ke Pejabat-pejabat Kerajaan kini lebih suka mengenakan pakaian moden seperti berseluar panjang dan berblaus. Agak kekok juga pabila ada yang tidak kena gaya dengan fesyen moden mereka. Alangkah bagusnya jika yang dah berusia tu, pakailah baju kurung pabila berkunjung ke Pejabat Kerajaan. Nampak kemas, sopan dan yang penting...anda sentiasa nampak OK.

Makanan Tradisi Melanau





Seperti juga kaum-kaum lain, kaum Melanau di Sarawak mempunyai makanan tradisi kami sendiri.

Antaranya ialah Umai Ikan atau udang, sagu dan masakan-masakan lain yang dimasak cara orang Melanau.

Umai ialah makanan tradisi kaum Melanau yang seakan-akan sushi iaitu ikan atau udang mentah yang diperap dengan jus limau kasturi atau jus asam paya yang dicampur dengan bawang, cili dan garam.

Kebanyakan masakan tradisi kaum Melanau menggunakan cara sihat untuk memasak kerana kurang menggunakan minyak atau santan. Kebanyakan masakan tradisi kaum Melanau dimasak secara rebus bercampur kunyit, di panggang dan dibungkus dalam daun nipah muda yang dipanggil sebagai 'pais'.

Oleh kerana percampuran Budaya dan peredaran zaman, jika berkunjung ke rumah orang Melanau pada masa kini, amatlah sukar untuk merasa makanan yang dimasak secara tradisi orang Melanau. Ia kini hanya muncul sekali-sekala di dapur orang Melanau yang masih ada warga tua sebaya emak saya atau di restaurant yang ada menyediakan menu masakan tradisi Melanau.

Gambar-gambar ini adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil pabila menjamu makanan tradisi Melanau.

Friday, February 24, 2012

Wakil Majlis Kenduri Kahwin


Ini gambar saya dan teman-teman sepejabat semasa menjadi Wakil Majlis semasa Kenduri Kahwin anak Menteri Muda kami iaitu anak YB Hj Julaihi. Majlis diadakan di Borneo Conference Centre, Kuching.

Baju sepasang...kain pemberian YB, khas untuk wakil majlis wanita..

Merah nyer Mak Ngah...

HPT Dinner


Pada 7 dan 8 Februari 2012, saya telah menghadiri High Performance Team Wokshop di Damai Beach Resort, Santubong, Kuching.

Pada malam terakhir diadakan Majlis Makan malam bertemakan Checked Night. Jadi...semua kena pakai baju petak-petak...

Ha..ha...rasa macam koboi hilang kuda pun ada :))

Thursday, February 23, 2012

Selamat Hari Jadi Miq


Alhamdulillah...pada 13 Februari 2012 yang lalu, genaplah usia putera sulungku, Muhammad Iqbal atau Miq yang ke 20 tahun. Miq sekarang dalam Semester 4, pengajian Diploma Quantity Survey di UiTM, Kota Samarahan.

Sebagai anak sulung...Miq agak manja namun mudah menunjukkan sikap penyayang kepada ahli-ahli keluarga.

Semoga Miq menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan di akhirat. Ameen...ya Allah.

Nota: posting ini lambat dibuat, bukan sebab lupa tetapi sibuk sangat kebelakangan ini.