Tuesday, February 28, 2012

Makanan Tradisi Melanau





Seperti juga kaum-kaum lain, kaum Melanau di Sarawak mempunyai makanan tradisi kami sendiri.

Antaranya ialah Umai Ikan atau udang, sagu dan masakan-masakan lain yang dimasak cara orang Melanau.

Umai ialah makanan tradisi kaum Melanau yang seakan-akan sushi iaitu ikan atau udang mentah yang diperap dengan jus limau kasturi atau jus asam paya yang dicampur dengan bawang, cili dan garam.

Kebanyakan masakan tradisi kaum Melanau menggunakan cara sihat untuk memasak kerana kurang menggunakan minyak atau santan. Kebanyakan masakan tradisi kaum Melanau dimasak secara rebus bercampur kunyit, di panggang dan dibungkus dalam daun nipah muda yang dipanggil sebagai 'pais'.

Oleh kerana percampuran Budaya dan peredaran zaman, jika berkunjung ke rumah orang Melanau pada masa kini, amatlah sukar untuk merasa makanan yang dimasak secara tradisi orang Melanau. Ia kini hanya muncul sekali-sekala di dapur orang Melanau yang masih ada warga tua sebaya emak saya atau di restaurant yang ada menyediakan menu masakan tradisi Melanau.

Gambar-gambar ini adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil pabila menjamu makanan tradisi Melanau.

No comments:

Post a Comment