Wednesday, February 29, 2012

BR1M

Dua minggu lepas berlangsung majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M kepada penduduk di kawasan Parlimen Satok.  Majlis berlangsung di Stadium Perpaduan Kuching, bersebelahan bangunan pejabat tempat saya berkerja.  Gambar di atas itu saya ambil dgn  Blackberry saya dari jendela pejabat kami di tingkat 12.

BR1M adalah bantuan Kerajaan berjumlah RM500 kepada ketua isi rumah yang berpendapatan RM3000 ke bawah.  Ia pertama kali berlaku dalam sejarah Malaysia.

Difahamkan, penerima telah diberikan jadual untuk mengambil vaucher bantuan yang mana ia diagihkan selama 3 hari di Stadium tersebut.  Namun apa yang berlaku ialah majoriti datang pada hari pertama dan ia telah menyebabkan kesesakan yang teruk dari luar hingga ke dalam Stadium.

Cerita yang tidak enak didengar ialah ada yang hilang motorsikal semasa mengambil vaucher bantuan bernilai RM500 itu.  Bayangkan...dapat RM500, tapi rugi lebih RM3000.  Kasihan, memang kasihan.

2 comments:

MaryaYusof said...

As salam Rosmawati,

Semoga bantuan 1Malaysia ni memberi manfaat buat semua... Thank you for following my blog :) Salam kenal!

Rosmawati Majidi said...

Waalaikumsalam. Selamat berkenalan.

Post a Comment