Wednesday, March 7, 2012

Si Putih Merajuk



Alahai kucingku Si Putih.  Sejak duamenjak ni dah pandai merajuk...dah hampir 2 minggu tidur kat tepi washing machine kat belakang rumah.  Dah tua2 pun nak merajuk.  Apa yg dia merajukkan pun ..i have no idea at all.  

Putih..Putih...bilalah kau nak masuk kembali duduk dalam rumah dan tidur atas favourite sofa kau tu Putih...

Tapi...ada juga kawan yg kata mungkin Putih nampak sesuatu yg menakutkan dalam rumah...sebab tu dia tak nak masuk rumah.  Ish..ish...tak baik cakap macam tu tau :(

Namun tiga malam lepas...masa hujan lebat, saya panggil Putih masuk dalam rumah.  Tanpa berlengah Putih masuk tapi terus menyelinap ke bawah kabinet tempat saya meletak kuali2 di ruang wet kitchen kami.

Entahlah...tak faham dengan anak angkat saya dari species  kucing Siam yang tak berapa nak Siam ni...just wait and see lah...bila agaknya Si Putih ni nak kembali tinggal di dalam rumah.

5 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Rosmawati

hari ini mukin dah tak merajuk lagi kan

Rosma Majidee said...

Waalaikumsalam Saudara Atuk,

Ya betul, baru semalam 11/3, Si Putih dah masuk dlm rumah semula tetapi masih di kawasan dapur sahaja. Belum lagi dia kembali ke sofa kegemaran dia. :)

Akak Kembang said...

ciannyer Putih..ngajuk benar tu..

Jankaulu said...

mungkin dia akan meninggalkan kita... kucing saya dulu pun gitulah...

Rosma Majidee said...

Ya, mungkin Si Putih dah tiada lagi. Kelibat ia sudah tak nampak lagi sejak 2 bulan yg lalu.

Post a Comment