Ini Tom...ia seekor kucing...tapi ia hanyalah sebuah patung. Saya suka Tom sebab bulunya sangat lembut.
Walau tak sama...namun Tom tetap mengingatkan saya kepada Si Putih, kucing kami yang telah hilang entah dimana.
Friday, June 15, 2012
Baju Korporat
Pejabat kami...Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak telah membuat baju Korporat baru tahun ini (2012)...warna dan corak pilihan boss besar kami.
Pertama kali dipakai semasa Seminar untuk para usahawan Industri Kecil dan Sederhana anjuran Kementerian kami di pekan Lawas, dalam Bahagian Limbang. Itulah juga kali pertama saya berkunjung ke Lawas.
Serius nampaknya Kak Ros oi...

Gambar2 Lama
Blog saya ini umpama arkib peribadi...jadi...bila jumpa gambar2 lama yang saya sayang dan risau jika ia terhilang nanti, maka saya akan simpan disini.
Gambar2 ini antara gambar2 kenangan semasa kunjungan ke Taman Negara Mulu dan Pulau Talang Besar di Sarawak. Sungguh sayang sekali, banyak juga gambar2 saya yang dah terhilang :(
Gambar2 ini antara gambar2 kenangan semasa kunjungan ke Taman Negara Mulu dan Pulau Talang Besar di Sarawak. Sungguh sayang sekali, banyak juga gambar2 saya yang dah terhilang :(
Wednesday, June 6, 2012
Syukur kepada Allah, pada 3 Jun 2012, anak kedua kami, Muhammad Haziq telah mendaftar sebagai pelajar kursus Diploma Kejuruteraan Awam di UiTm, Kampus Sarawak di Kota Samarahan.
Walaupun dekat...naluri seorang ibu tetap sedih bila meninggalkan anak untuk tinggal di asrama...perasaan yang sama saya alami semasa menghantar anak sulung kami ke tempat yang sama dua tahun yang lepas. Kini anak sulung kami, Muhammad Iqbal, berada di rumah kerana akan mengikuti latihan praktikal mulai 11 Jun nanti.
Muhammad Iqbal dan Muhammad Haziq :
Ku mohon keampunanMu ya Allah dan ku mohon hidayah dan petunjuk Mu ya Allah dalam mendidik dan membimbing anak-anak yang diamanahkan padaku.
Kenangan Umrah 2012
Pada 4 Mei hingga 15 Mei 2012, saya bersama suami, mak, ayah, Ani (adik yg nombor 4) dan dua orang mak saudara bersama suami masing2 telah pergi mengerjakan umrah. Syukur alhamdulillah...akhirnya saya pergi juga. Walau suami dah mengerjakan haji dan umrah sebelum ini...saya tidak turut serta, bukan suami tak ajak, tetapi...entahlah, mungkin itu yang dikatakan orang belum sampai seru.:))
Dalam rombongan pakej umrah kami, saya berjumpa seorang kawan sama sekolah dan juga seorang bekas guru saya semasa di Sekolah Menengah...Alhamdulillah..itulah aturan Dia yang maha Berkuasa.
Dalam rombongan pakej umrah kami, saya berjumpa seorang kawan sama sekolah dan juga seorang bekas guru saya semasa di Sekolah Menengah...Alhamdulillah..itulah aturan Dia yang maha Berkuasa.
Bila di sana....perasaan syahdu tu.....tidak terkata...
Saya berazam untuk memperbaiki diri dalam hubungan dengan yang Maha Pencipta..
Saya berazam untuk memperbaiki diri dalam hubungan dengan yang Maha Pencipta..
InsyaAllah.....semoga dikurniakan Allah rezeki, saya ingin ke sana lagi dan berazam untuk menunaikan fardhu haji...amin ya Allah.
Antara gambar2 kenangan semasa umrah :
Antara gambar2 kenangan semasa umrah :
Bapa tersayang |
Hari pertama di Madinah...dlm perjalanan ke Masjid Nabawi |
Bersama mak |
First time melihat Masjid Nabawi |
Unta di Arafah |
Me and hubby |