Syukur kepada Allah, pada 3 Jun 2012, anak kedua kami, Muhammad Haziq telah mendaftar sebagai pelajar kursus Diploma Kejuruteraan Awam di UiTm, Kampus Sarawak di Kota Samarahan.
Walaupun dekat...naluri seorang ibu tetap sedih bila meninggalkan anak untuk tinggal di asrama...perasaan yang sama saya alami semasa menghantar anak sulung kami ke tempat yang sama dua tahun yang lepas. Kini anak sulung kami, Muhammad Iqbal, berada di rumah kerana akan mengikuti latihan praktikal mulai 11 Jun nanti.
Muhammad Iqbal dan Muhammad Haziq :
Ku mohon keampunanMu ya Allah dan ku mohon hidayah dan petunjuk Mu ya Allah dalam mendidik dan membimbing anak-anak yang diamanahkan padaku.
No comments:
Post a Comment