Sudah lama saya tidak update tapak saya ni. Kalau ianya cermin memang dah penuh dengan habuk2.
Belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat dimana jua berada.
Saya baru perasan, kami sekeluarga tiada mengambil gambar sempena Hari raya aidil adha kali ini. Entahlah, mungkin suasana yang kurang meriah menyebabkan kami tidak terfikir untuk mengambil gambar. Tak apalah yang penting, anak-anak saya semua ada di rumah semasa sambutan Aidil Adha kali ini dan anak tiri saya yang bungsu juga ada berkunjung ke rumah bersama kawan-kawan dia. Walau suasana kurang meriah, namun saya bahagia menyambut Aidil Adha tahun ini bersama anak2 dan suami.
Gambar-gambar imbas kembali peristiwa2 dan aktiviti2 saya sejak dua bulan yang lepas:
Larian Hari Malaysia 2013
|
Menyertai Larian Hari Malaysia pada 7/9/2013 |
|
Bersama kawan2 yang turut serta dalam Larian Hari Malaysia |
Majlis Akad Nikah 15/9/2013
|
Begitu ketentuan Nya, saya bertemu jodoh semula setelah bergelar ibu tunggal hampir setahun. Pernikahan kami dijalankan dengan majlis yang sederhana di rumah ibu-bapa saya di Kampung pada 15/9/2013.Tiada pelamin, tiada kompang, yang penting akad nikah. |
Suami saya juga merupakan saudara jauh saya sendiri. Beliau ayah tunggal kematian isteri. Semoga rumahtangga yang kami bina ini akan kekal hingga ke Jannah. Amiin ya Rabb |
|
Hanya Anis, anak bungsu saya yang dapat hadir semasa majlis pernikahan kami. Kedua-dua anak lelaki saya tidak dapat hadir kerana komitmen di Kampus dan begitu juga kedua-dua anak suami saya. Yang penting, semua mereka merestuai pernikahan kami. Syukur Alhamdulillah.
Annual Dinner 2013 |
|
|
|
|
Annual Dinner Office kami pada 5/10/2013 yang bertemakan Era 60an. Ramai lagi tu, tapi tak nak bergambar :} |
|
Me and Anis, gambar hubby pun ada, tapi takut dia tak suka kalau saya letak di sini :) |