Showing posts with label Aku Kuli rakyat. Show all posts
Showing posts with label Aku Kuli rakyat. Show all posts

Friday, January 11, 2013

Wednesday, July 4, 2012

Kerja Jer

Gambar2 kenangan semasa bertugas di Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Simpan sini untuk kenangan.







Friday, June 15, 2012

Baju Korporat

Pejabat kami...Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak telah membuat baju Korporat baru tahun ini (2012)...warna dan corak pilihan boss besar kami.

Pertama kali dipakai semasa Seminar untuk para usahawan Industri Kecil dan Sederhana anjuran Kementerian kami di pekan Lawas, dalam Bahagian Limbang.  Itulah juga kali pertama saya berkunjung ke Lawas.





Serius nampaknya Kak Ros oi...

Friday, February 24, 2012

HPT Dinner


Pada 7 dan 8 Februari 2012, saya telah menghadiri High Performance Team Wokshop di Damai Beach Resort, Santubong, Kuching.

Pada malam terakhir diadakan Majlis Makan malam bertemakan Checked Night. Jadi...semua kena pakai baju petak-petak...

Ha..ha...rasa macam koboi hilang kuda pun ada :))

Thursday, January 12, 2012

Lawatan Kerja

Alhamdulillah...Segala Puji Bagi Allah.

Dalam bulan Nevember yang lepas, aku berkesempatan menyertai rombongan Menteri-menteri Muda KPPS ke Bintulu. Selepas menghadiri taklimat di Pejabat Bintulu Development Authority, kami melawat Samalaju Industrial Park (SIP). SIP adalah sebahagian daripada kawasan perindustrian di dalam SCORE atau Sarawak Corridor For Renewal Energy. Buat masa ini terdapat empat buah kilang milik Syarikat dari luar negara yg sedang dalam pembinaan dlm kawasan SIP tersebut.

Salah sebuah kilang yg sedang dlm pembinaan di Samalaju Industrial Park. Kilang ini bakal menggaji 3000 org pekerja. Itu baru sebuah kilang, belum termasuk kilang2 lain lagi dan aktiviti-aktiviti perkhidmatan yg lain di kawasan tersebut nanti. Tidak lama lagi Bintulu bakal mengalami sekali lagi ledakan ekonomi.

Aha...yg ini pula perbincangan di bawah pokok dekat site :)


Thursday, February 25, 2010

Tempatku Mencari Rezeki

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, sejak mula kerja hingga sekarang, aku dah berkerja di enam Jabatan Kerajaan dibawah Kerajaan Negeri Sarawak. Sebagai pegawai gunasama, kami boleh ditempatkan dimana-mana Jabatan Kerajaan Negeri. Seperti juga guru yang boleh ditugaskan dimana-mana Sekolah Kerajaan. Ofis aku sekarang ni terletak di tingkat 5, Wisma Bapa Malaysia, Kuching. Lazimnya aku tidak mengambil gambar pejabat-pejabatku yg lepas dan my family pun never know how my present office looks like. Kalau ofis sebelum ni, ada juga dia orang drop by. So now biarlah aku tayang sikit ofis aku yg tidaklah secantik dan seluas mana pun ;-). Padanlah dgn pangkat yg tidak seberapa ni.


Ini depan pintu bilik ofis aku. Gambar aku dlm buah durian sebab kami namakan kawasan kami sebagai zon Durian. Ini 5S punya hal lah.


Ini work station aku. Nampak kurang kemas tapi kalau tau nak ada audit 5S, biasanya akan kelihatan luarbiasa kemas :-)

Sebahagian daripada perhiasan dinding dalam ofis aku. Key chains tu mostly souvenir dr kawan-kawan.


Inipun sudut souvenir dan koleksi patung penyu.


Pada kebiasaannya, inilah breakfast aku. Kadang2 kalau perut masih berkeroncong, aku ngap jugalah mi atau nasi lemak.


Ini pula view dari tingkap bilik ofis aku.

Wednesday, February 3, 2010

Lawatan Kerja Ke Daerah Mukah

Pada 27 Januari 2010 yang lalu, aku pergi ke Tanjung Manis dalam Daerah Mukah. Tanjung Manis hanya kira-kira 15 Kilometer dari rumah Mak dan Apak di Kampung Rejang. Pemergianku kali ini ialah untuk menghadiri Mesyuarat Timbalan-timbalan Residen dan juga untuk site visit ke beberapa projek dalam Daerah Mukah.

Rombongan kami diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Ybhg. Datu Ose Murang.

Kami berangkat dari Kuching dengan menggunakan pesawat Twin Otter yang berlepas dari Kuching pada jam 7:25 pagi dan sampai di Tanjung Manis dalam masa lebih kurang 40 minit
sahaja.



Pesawat Twin Otter.

Setiba kami di Tanjung Manis, kami diberi taklimat mengenai pembangunan di Tanjung Manis oleh pihak Tanjung Manis Development (TMD) dan melawat Pelabuhan Ikan Laut Dalam LKIM dan pada sebelah tengaharinya kami disaji dengan hidangan makan tengahari yang begitu menyelerakan dengan pelbagai juadah cara orang
Melanau.Pada sebelah malamnya, kami dirai dengan majlis BBQ oleh pihak Pejabat Residen Mukah. Ramai juga yang tunjuk bakat menyanyi Karaoke pada malam tersebut, termasuk Residen Mukah, Tuan Haji Saudi. Sayang sekali aku tak sempat nak ambil gambar majlis BBQ dan Karaoke sebab kepenatan.

Selesai majlis BBQ, lebih kurang jam 10:00 malam, barulah aku dapat pergi ke rumah Apak dan Mak di Kampung Rejang. Aku mengambil kesempatan bermalam di Rejang. Kesihan Apak dan Mak, berdua sahaja tinggal di rumah yang besar dan hanya sekali-sekala dapat berjumpa anak-anak seramai enam orang yang tinggal di pelbagai tempat di Malaysia. Semoga Allah melanjutkan usia Apak dan Mak dalam kesihatan yang baik selalu.

Esoknya, pada 28 Januari 2010, kami melawat beberapa projek di Tanjung Manis seperti Halal Hub Park ,Jambatan Batang Belawai dan Jalan Tanjung Manis/Serdeng yang sedang dalam proses menaiktaraf.

Dari Tanjung Manis, kami meneruskan perjalanan ke Serdeng dan Semop untuk melawat dua lagi projek Jambatan, Sekolah dan projek bekalan air.

Aku bergambar dengan tuan rumah tempat kami makan tengahari di Semop.

Di Semop, kami makan tenghari di rumah penduduk kampung di situ yang telah diatur oleh pihak consultant.

Dari Semop kami meneruskan perjalanan ke Mukah. Inilah kali pertama aku pergi ke Mukah dengan menggunakan coastal road walaupun jalan ini sudah lama siap. Biasanya, jika aku ada urusan untuk ke Mukah, aku menggunakan penerbangan Twin Otter dari Kuching ke Mukah.

Perjalanan dari Tanjung Manis ke Mukah melibatkan 5 buah feri menyeberangi sungai dan jika semua jambatan sudah siap (3 kesemuanya), hanya akan tinggal 2 buah feri yang besar sahaja lagi. Itulah keunikan Negeriku Sarawak. The Land of Many Rivers.

Gambar dalam feri yang menyeberangi Batang Paloh.

Dari Semop ke Mukah, kami melalui beberapa buah Kampung. Ada diantara Kampung itu kita lalui dan ada yang kita hanya nampak simpang dan papan tanda sahaja.

Antara Kampung yang kita bypass dalam perjalanan ke Mukah ialah:Kpg Semop, Kpg Sedi,Kpg Saai,Kpg Sg Kut, Daro,Kpg Tebaang,Kpg Lemang Pek, Kpg tengah, Kpg Pantray, Kpg Ng Kecil, Kpg Tian, Kpg Bawang, Kpg Jemoreng, Kpg Pergau, Kpg Beruan Besar dan Kpg Igan.



Kami balik ke Kuching pada 29 Januari 2010 dengan menggunakan pesawat Twin Otter.dari Mukah. Ada tiga penerbangan sehari dari Kuching ke Mukah dan sebaliknya.

Sebelum balik, aku dan Hanifah (rakan sepejabat) sempat singgah ke Pasar Mukah untuk membeli umai dan kuih-muih tradisi Melanau.