Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

Gambar2 Imbaskembali

Sudah lama saya tidak update tapak saya ni. Kalau ianya cermin memang dah penuh dengan habuk2.

Belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat dimana jua berada.

Saya baru perasan, kami sekeluarga tiada mengambil gambar sempena Hari raya aidil adha kali ini. Entahlah, mungkin suasana yang  kurang meriah menyebabkan kami tidak terfikir untuk mengambil gambar.  Tak apalah yang penting, anak-anak saya semua ada di rumah semasa sambutan Aidil Adha kali ini dan anak tiri saya yang bungsu juga ada berkunjung ke rumah bersama kawan-kawan dia. Walau suasana kurang meriah, namun saya bahagia menyambut Aidil Adha tahun ini bersama anak2 dan suami.

Gambar-gambar imbas kembali peristiwa2 dan aktiviti2 saya sejak dua bulan yang lepas:

Larian Hari Malaysia 2013

Menyertai Larian Hari Malaysia pada 7/9/2013

Bersama kawan2 yang turut serta dalam Larian Hari Malaysia
Majlis Akad Nikah 15/9/2013
Begitu ketentuan Nya, saya bertemu jodoh semula setelah bergelar ibu tunggal hampir setahun. Pernikahan kami dijalankan dengan majlis yang sederhana di rumah ibu-bapa saya di Kampung pada 15/9/2013.Tiada pelamin, tiada kompang, yang penting akad nikah. 
Suami saya juga merupakan saudara jauh saya sendiri.  Beliau ayah tunggal kematian isteri. Semoga rumahtangga yang kami bina ini akan kekal hingga ke Jannah. Amiin ya Rabb
Hanya Anis, anak bungsu saya yang dapat hadir semasa majlis pernikahan kami. Kedua-dua anak lelaki saya tidak dapat hadir kerana komitmen di Kampus dan begitu juga kedua-dua anak suami saya. Yang penting, semua mereka merestuai pernikahan kami. Syukur Alhamdulillah.



Annual Dinner 2013



Annual Dinner Office kami pada 5/10/2013 yang bertemakan Era 60an. Ramai lagi tu, tapi tak nak bergambar :}

Me and Anis, gambar hubby pun ada, tapi takut dia tak suka kalau saya letak di sini :)





Wednesday, August 14, 2013

My Trip To Korea 2013

Pada 29 Mei hingga 4 Jun 2013 saya telah pergi melancong ke Korea Selatan bersama kawan baik saya Norihah Adenan dan Masniah Bujang.  Kami pergi bersama rombongan yang kebanyakannya para guru.

Antara tempat yang kami lawati ialah Seoul, Jeju Island dan Nami Island.

Tempat2 tersebut memang menarik. Jika ada rezeki, saya ingin berkunjung semula ke sana bersama orang tersayang.

Berikut antara gambar2 yg sempat saya ambil.

Di Hadapan Istana Lama di Seoul


Bersama Masniah Bujang dan Norihah Adenan


At Nami Island

Belajar Membuat Kimchi

Baju Tradisional Korea


Wednesday, July 18, 2012

Hutan Kecil Di Belakang Rumah

Hutan kecil di belakang rumah kami sedang di bulldoze :((



Di belakang rumah kami ada kawasan hutan yang memisahkan kawasan perumahan kami iaitu Taman Matang Jaya II dengan Taman Syn-Syn dan Jalanraya utama yang menghubungkan kawasan Matang Jaya dan pusat bandaraya Kuching.

Sejak mendiami kawasan ini, saya amat menyenangi kawasan belakang rumah kami yang ada hutan.  Hutan kecil ini didiami oleh beberapa jenis binatang liar seperti musang, tupai dan pelbagai jenis burung termasuk sekali-sekala ada kumpulan kera yang bergayutan di dahan-dahan pokok.

Saya amat menyenangi bunyi siulan burung pada waktu pagi dari hutan ini.  Sekali-sekala nampak kelibat burung-burung yang jarang-jarang dapat kita lihat.  Kawanan burung pipit sudah menjadi sebahagian dari kehidupan harian keluarga kami.  Setiap pagi, pembantu rumah saya akan menaburkan nasi atau roti di belakang rumah kami untuk burung-burung pipit berkenaan.  Pemandangan burung-burung pipit menjamah nasi yang ditabur dan selepas itu bertenggek buat seketika di atas pagar rumah, adalah satu permandangan yang mengasyikkan bagi saya.

Kini semua itu akan lenyap bersama lenyapnya hutan itu dari belakang rumah kami.

Cuma harapan saya...biarlah kawanan burung-burung pipit masih sudi bertandang untuk menumpang rezeki bersama kami.

Saya berdoa semoga Allah menggantikan tempat yang lebih baik untuk binatang-binatang penghuni hutan berkenaan di satu tempat yang lain.

Inilah harga pembangunan...hutan dan kediaman binatang terpaksa dikorbankan untuk memberi laluan kepada manusia.

Wednesday, July 4, 2012

Majalah dari UM.

Alhamdulillah...ari marek  for the 1st time nerimak Majalah Titian  alUMni...Majalah Alumni Universiti Malaya.

UM is my alma mater.  Got my 1st degree in Economics from UM...class of 1984-1987.





Friday, June 15, 2012

Gambar2 Lama

Blog saya ini umpama arkib peribadi...jadi...bila jumpa gambar2 lama yang saya sayang dan risau jika ia terhilang nanti, maka saya akan simpan disini.

Gambar2 ini antara gambar2 kenangan semasa kunjungan ke Taman Negara Mulu dan Pulau Talang Besar di Sarawak.  Sungguh sayang sekali, banyak juga gambar2 saya yang dah terhilang :(


Wednesday, June 6, 2012

Kenangan Umrah 2012

Pada 4 Mei hingga 15 Mei 2012, saya bersama suami, mak, ayah, Ani (adik yg nombor 4) dan dua orang mak saudara bersama suami masing2 telah pergi mengerjakan umrah.  Syukur alhamdulillah...akhirnya saya pergi juga.  Walau suami dah mengerjakan haji dan umrah  sebelum ini...saya tidak turut serta, bukan suami tak ajak, tetapi...entahlah, mungkin itu yang dikatakan orang belum sampai seru.:))

Dalam rombongan pakej umrah kami, saya berjumpa seorang kawan sama sekolah dan juga seorang bekas guru saya semasa di Sekolah Menengah...Alhamdulillah..itulah aturan Dia yang maha Berkuasa.

Bila di sana....perasaan syahdu tu.....tidak terkata...

Saya berazam untuk memperbaiki diri dalam hubungan dengan yang Maha Pencipta..

InsyaAllah.....semoga dikurniakan Allah rezeki, saya ingin ke sana lagi dan berazam untuk menunaikan fardhu haji...amin ya Allah.

Antara gambar2 kenangan semasa umrah :
                  
           
Bapa tersayang 
Hari pertama di Madinah...dlm perjalanan ke Masjid Nabawi
Bersama mak
First time melihat Masjid Nabawi
Unta di Arafah
Me and hubby


Wednesday, February 29, 2012

Tanda Cinta

Alhamdulillah...rasa Cinta yang ada dihati setiap insan itu adalah anugerah Allah.  Cinta yang ada dihati kita untuk teman hidup kita memang tak perlukan lambang, namun sekali-sekala pabila Mr Hubby beri bunga kepada saya....seronoknya...ia sungguh bermakna.

Monday, January 16, 2012

Anis at 6

Satu-satunya anak perempuanku. Hanisah Raihanah atau Anis. Semoga menjadi anak yang solehah.

Anis dilahirkan pada 9 Mei 1999.










Keratan Akhbar

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah.

Semalam saya kemas2 kabinet dalam bilik tidur, terjumpalah dengan keratan2 akhbar ini yg saya simpan dalam clear holder. Jadi, sebelum keratan akhbar ini pudar dan tak boleh dibaca lagi, eloklah  scan dan simpan dalam blog ku ini sebagai kenangan..

Sayang sekali, ada lagi beberapa keratan akhbar yg ada muka saya telah hilang, mungkin dah terbuang secara tak sengaja. Saya ni bukanlah orang yg berpangkat besar, jadi tidaklah banyak muka saya masuk paper, bila sekali-sekala muka masuk paper tu, saya gunting dan simpanlah sebagai kenangan. :))

Keratan akhbar yg dah kekuningan ni diambil dari Sunday Tribune bertarikh 23 Oktober 1988. Gambar tu diambil semasa penyampaian sijil tamat SAO Induction Couse untuk seramai 41 orang Sarawak Administrative Officer intake tahun 1988. Utk SAO intake tahun 1988, drp 41 org, hanya 3 sahaja perempuan.:))

Yang di atas ni pula diambil semasa bertugas melayan tetamu2 VIP yg melawat Pameran Perayaan 45 Tahun Sarawak Merdeka pada tahun 2008. Banyak masa dan tenaga telah dicurahkan untuk mempastikan perlaksanaan pameran tersebut.

Friday, January 13, 2012

Rumah Terbuka Gawai JKM 2011

Saja suka2 nak upload gambar kenangan semasa Rumah Terbuka Gawai Jabatan Ketua Menteri 2011.

..bersama Hjh Sally dan Nur Anisa. He..he..sisa2 makanan di depan tu bukan semuanya kami yg punya tau..