Showing posts with label A Reminder. Show all posts
Showing posts with label A Reminder. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

Hari Raya Aidil Fitri 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H / 2013 kepada semua Muslimin dan Muslimat.

Hari ini 7 Syawal . Saya telah kembali berkerja pada 5 Syawal.

Raya Aidil Fitri kali ini saya dan anak2 sambut dengan penuh sederhana.  Kami beraya di Kampung halaman saya, Kampung Rejang.

Lantaran situasi yang kurang menggembirakan pada tahun ini, saya mengambil keputusan untuk tidak menyimpan gambar2 kami anak beranak berhari Raya pada tahun ini di sini.

Sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya, mohon maaf zahir dan bathin kepada semua. Jika ada sesiapa yang ada berbuat silap dengan saya dengan sengaja atau tidak, di mana jua anda berada, samada anda ada membaca tulisan saya ini atau tidak, saya seikhlas hati memaafkan anda semua.

Hidup di dunia hanya persinggahan, tiada maknanya kita membenci dan bermusuhan.  Kita semua ini hamba Allah dan kepada Nya lah semua kita akan kembali.

Thursday, January 10, 2013

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang......

Selamat Tahun Baru 2013.

Sudah lama saya tidak mencatat di sini.  Terlalu banyak yang berlaku dalam lima bulan terakhir tahun 2012.  Terlalu sedih untuk dicatat di sini. Namun biarlah ia berlalu...saya tidak mahu menceritakannya di sini. Namun banyaknya nikmat yang Allah curahkan dalam hidup saya mengatasi segala insiden sedih yg saya alami...dan sesungguhnya...saya tetap bersyukur kepada Allah dan kerana keyakinan saya kepada kasih sayang Allah...maka saya tidak mahu terus bersedih.  Hidup harus diteruskan.  InsyaAllah...akan sentiasa ada pertolongan dari Nya.

Maka itu...saya mahu terus tersenyum :)


Wednesday, February 10, 2010

Refleksi diri...

Berapa ramai diantara kita yang pernah atau selalu buat refleksi diri? Atau dengan kata lain..cerminkan diri sendiri, luar dan dalam?

Apa yang kita selalu buat ialah melihat kepada orang lain atau buat urutan reflexology kaki.. Jarang-jarang kita kita melihat kedalam diri kita sendiri. Lantaran itu, ramai yang suka mengkritik orang lain kerana mereka nampak kelemahan orang lain dan tak sedar dengan kelemahan diri sendiri.Cuba-cubalah kita sama-sama buat refleksi diri. aku pasti kita akan nampak jawapannya. Lainlah kalau kita cuba nak nafikannya.

Dengan refleksi diri, kita akan nampak siapa kita sebenarnya. Apa kelemahan dan kekuatan kita.

Apabila kelemahan kita sudah jelas, jangan biarkan ia terus disitu. Cari-carilah jalan penyelesaian. Atur-aturlah langkah untuk kita atasinya. apabila kita menemui kekuatan dalam diri kita, bersyukurlah kepada Allah atas kekuatan itu. Jadikanlah ia sebagai senjata untuk kita perkuatkan lagi peribadi kita.

Di atas adalah nasihat-nasihat pakar-pakar motivasi yang biasa kita dengar kan? Namun, adakah kita mudah untuk berbuat demikian?

Easy said than done! Cakap senanglah, nak buat bukannya senang kan?

Seperti aku, sudah lakukan semuanya. Aku sedar kelemahanku dan kekuatanku. Namun, adakah aku sudah mengeksploitasi kekuatanku untuk memajukan diriku? adakah aku sudah mengatasi semua kelemahanku? Hampeh! aku belum dapat!! Aku masih seperti ini, masih sensitif apabila mendengar kritikan, masih sedih apabila diumpat apatah lagi bila dimarahi bos (nota: selagi kita ada bos, selagi itu ada risiko kena marah ). Aku masih itu, masih ini..hmmm

Belum cukup matangkah aku dengan asam-garam kehidupan ini? Kalau belum..bila lagi aku nak matang? Tunggu Kucing bertanduk? Aku rasa, dah ada kucing yg bertanduk :=)

Mengapa sukar sangat untukku berubah ni? Mengapa aku harus sensitif dengan kritikan? mengapa...mengapa? adakah manusia begitu? Atau hanya aku yg begini?

Ah..lantaklah..janji bukan aku yang suka marah-marah atau suka kritik orang. Orang nak kritik aku, apa aku nak buat kan? Lain kalilah aku buat refleksi diri lagi. Mungkin masih banyak ruang yang aku belum nampak dalam diri ku ini. Tiada yang sempurna, namun semua orang ada maruah. jika hari ini kita jatuhkan maruah orang, percayalah satu hari nanti, orang akan jatuhkan maruah kita. So be careful with what you say. I say this to myself sebab ini adalah monolog refleksi diriku...

To be continued....

(Exported to FB from ceritakaubai.blogspot.com)

Thursday, December 3, 2009

Hidup Umpama Cuaca



Ada orang mengatakan hidup umpama roda, aku lebih suka mengatakan hidup umpama cuaca. Seperti juga cuaca yang pelbagai, begitu juga hidup, banyak kepelbagaian suasana yang kita alami. Ada ketikanya dalam hidup ini kita rasa suka, sedih, marah dan geram. Seperti juga cuaca yang boleh sekejap panas, sekejap hujan atau sekejap mendung. Namun walau apapun emosi kita dalam kehidupan saban hari, hidup mesti diteruskan selagi kita bernafas.

Yang penting kita mesti tahu menghargai kehidupan itu sendiri. Menerima seadanya apa yang kita ada dalam hidup ini. Hargai setiap kasih-sayang dan perhatian ahli keluarga dan sahabat handai. Kongsi rasa kasih dan sayang kita kepada mereka dan orang yang memerlukan.

Namun sebagai manusia adakalanya kita tidak berupaya untuk melupakan saat di kala mana hidup kita umpama cuaca yang mendung. Minda umpama projektor filem, adakalanya ia ingin memutarkan kembali cerita-cerita duka yang kita sendiri ingin lupakan. Bagiku, apabila minda cuba memutarkan kembali cerita sedih, saat perasaan kita dilukakan tak mengapa, layan sekejap tetapi pastikan kita tidak dihanyutkan oleh kenangan berkenaan. Jadikan segala kedukaan lalu sebagai pengajaran dan jangan biarkan ia menjejas kebahagiaan kita pada masa ini. Live for the moment, accept the now.

Sedih kerana mendapat tahu ada rakan sepejabat yang back stabbing? Sedih sebab dapat boss tak adil? Just let go with it. Perjalanan hidup dan rezeki kita telah ditentukan Tuhan. Tidak perlu kita membazir sel-sel otak kita memikirkan tentang mereka.

Enjoy whatever you do then you will be happy always. Jangan lupa senyum selalu. Senyumanmu mungkin bisa menceriakan hidup orang lain. Siapa tahu?

Wednesday, September 9, 2009

Peringatan Buat Diriku

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, aku merasa kurang cergas. Mungkin kerana letih berpuasa atau kurang tidur atau mungkin ia juga amaran kepada diri bahawa tubuh ini sudah tua lantaran usia sudah menghampiri lewat 40an.
Apa yang aku perasan, sememangnya aku sudah tidak secergas dulu lagi. Badan cepat letih. Mungkin juga sebab aku banyak bergerak ke sana ke mari, menghantar anak-anak ke Sekolah, tengahari ambil seorang dan hantar balik rumah. Petang balik kerja, ambil seorang lagi, singgah Bazaar Ramadhan beli juadah. Malam pergi Masjid untuk bersembahyang Terawih, kalau tidak berupaya sembahyang terawih lantaran keletihan, aku gagahkan juga memandu ke Masjid untuk menghantar Pembantu Rumah dan anak lelaki kami ke Masjid. Itu belum lagi ditambah dengan kepenatan memerah otak membuat kerja di pejabat. Aku lakukan semuanya atas dasar kasih sayang pada keluarga. InsyaAllah, semoga aku juga memperolehi pahala kerana menjalankan tugas sebagai ibu dan mencari rezeki juga ibadah disisi Allah.
Apa-apa pun, aku redha dengan ketentuan Nya. Hidup memang begitu, kita perlu berkorban.
Dalam kesibukan tugas seharian, sedar tak sedar sudah 19 hari kita berpuasa hari ini. Begitu cepat masa berlalu.
Keletihan ini mengingatkan aku bahawa aku bukannya muda lagi. Semoga segala yang aku alami saban hari akan terus mengingatkan aku bahawa aku sudah tua.
Bila kita sedar kita telah tua, insyaAllah kita akan lebih serius dan lajukan pecutan hati menuju Allah. Bukan masanya lagi untuk berlalai-lalai.
Imam Syafi'i, ketika usia dia mencecah 40 tahun, dia terus memakai tongkat. Ketika muridnya bertanya kenapa, beliau berkata "aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah dipenghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah-lengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam ibadah menuju Allah.
Semoga sedikit ingatan membolehkan kita mengenang diri kita yang tidak akan kembali muda.