Thursday, September 24, 2009

Raya 2009
















Raya 1430 hijrah bersamaan 2009 tiada banyak bezanya dengan Hari Raya yang disambut sebelum ini. Tahun ini keluarga Mama Rosma beraya di Kampung Rejang, di rumah mak dan apak. Kami berada di sana sejak 28 Ramadhan dan balik semula ke Kuching pada hari Raya ketiga. Tahun ini hanya keluarga Mama Rosma, keluaraga adik yang ketiga, Jah Lelawati dan adik bungsu, Mimi Mazrah dan suami sahaja yang balik beraya di Kampung bersama mak dan apak.

Tak tahu kenapa, tahun ini kami semua yang balik raya di kampung seperti tiada mood nak ambil gambar. Mama Rosma hanya sempat ambil beberapa keping gambar sahaja. Gambar-gambar disini menunjukkan gambar hidangan di Aidil Fitri, gambar apak melayan tetamu di pagi Raya, gambar Mama Rosma dengan mak selepas selesai solat Sunat Aidil Fitri di masjid Kampung Rejang. Yang posing dengan basikal tua kepunyaan apak itu ialah suami Mama Rosma. Basikal tua itu merupakan kesayangan apak, walaupun ada kereta, apak lebih suka bergerak kemana-mana di Kampung dengan basikal tua tersebut. Yang bergambar dengan mak di masjid itu ialah adik ipar Mama Rosma yang berasal dari Perlis, Mohd. Hafizuddin Ishak, suami kepada adik bungsu kami, Mimi Mazrah.

Monday, September 14, 2009

Aku Bosan

Agaknya dia orang ni pun tengah kebosanan macam aku ni hah.. Ehh..sedapnya dia orang ni tidur..zzzzzzzzz


Ah..kenapa hari ini terasa bosan sangatlah di pejabat. Selepas signed beberapa dokumen dan semak checklist, aku semacam tak boleh nak berfikir lagi. Mode nak Raya agaknya, maklumlah rakan-rakan sepejabatpun sudah ramai yang mula bercuti hari ini. Aku buka email dan jumpa email dari rakan yang hantar gambar cute ini. Eeeee....cutenya. Teringat kata anakku Muhammad Haziq yang Ustaz di Sekolah dia kata haiwan adalah hiasan dunia. Mereka tak ada syurga atau neraka. Wallahualam. Sesungguhnya Allah Maha Kaya menciptakan hamba Nya yang pelbagai.

Di rumah, kami ada pelihara seekor kucing siam yang diberi nama Putih dan seekor kura-kura yang diberi nama Eddy. Kedua-duanya sudah berumur hampir 10 tahun.

Friday, September 11, 2009

Hadiah Dari Kawan

Alhamdulillah, hari ini dah 21 hari kita berpuasa tahun ini.  Hari ini aku dapat hadiah sekotak One Drop Perfume dari kawan baikku di Pejabat. Terima kasih banyak-banyak Normah.  Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia dalam kebahagiaan selalu.
Aku sudah lama tahu tentang One Drop Perfume ni.  Ada hajat nak beli tetapi asyik menangguh-nangguh. Pada hal harganya bukanlah mahal.  Rupa-rupanya inilah hikmahnya, aku nak dapat free. Syukur alhamdulillah. Bukan selalu kita dapat hadiah free dalam hidup ini, tetapi yang peliknya tentang diri aku ini, bila dapat hadiah, selalunya perfume.yang aku dapat. Suamiku hampir setiap kali birthday bagi hadiah perfume kecuali kalau aku sengaja minta hadiah lain. Jadi selepas ini kalau aku berhajat nakkan perfume, tak payah beli.  InsyaAllah ada yang akan beri hadiah :)