Wednesday, June 6, 2012

Syukur kepada Allah, pada 3 Jun 2012, anak kedua kami, Muhammad Haziq telah mendaftar sebagai pelajar kursus Diploma Kejuruteraan Awam di UiTm, Kampus Sarawak di Kota Samarahan.

Walaupun dekat...naluri seorang ibu tetap sedih bila meninggalkan anak untuk tinggal di asrama...perasaan yang sama saya alami semasa menghantar anak sulung kami ke tempat yang sama dua tahun yang lepas.  Kini anak sulung kami, Muhammad Iqbal, berada di rumah kerana akan mengikuti latihan praktikal mulai 11 Jun nanti. 


 Muhammad Iqbal dan Muhammad Haziq :



Semoga anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

Ku mohon keampunanMu ya Allah dan ku mohon hidayah dan petunjuk Mu ya Allah dalam mendidik dan membimbing anak-anak yang diamanahkan padaku.

Kenangan Umrah 2012

Pada 4 Mei hingga 15 Mei 2012, saya bersama suami, mak, ayah, Ani (adik yg nombor 4) dan dua orang mak saudara bersama suami masing2 telah pergi mengerjakan umrah.  Syukur alhamdulillah...akhirnya saya pergi juga.  Walau suami dah mengerjakan haji dan umrah  sebelum ini...saya tidak turut serta, bukan suami tak ajak, tetapi...entahlah, mungkin itu yang dikatakan orang belum sampai seru.:))

Dalam rombongan pakej umrah kami, saya berjumpa seorang kawan sama sekolah dan juga seorang bekas guru saya semasa di Sekolah Menengah...Alhamdulillah..itulah aturan Dia yang maha Berkuasa.

Bila di sana....perasaan syahdu tu.....tidak terkata...

Saya berazam untuk memperbaiki diri dalam hubungan dengan yang Maha Pencipta..

InsyaAllah.....semoga dikurniakan Allah rezeki, saya ingin ke sana lagi dan berazam untuk menunaikan fardhu haji...amin ya Allah.

Antara gambar2 kenangan semasa umrah :
                  
           
Bapa tersayang 
Hari pertama di Madinah...dlm perjalanan ke Masjid Nabawi
Bersama mak
First time melihat Masjid Nabawi
Unta di Arafah
Me and hubby


Wednesday, March 7, 2012

Si Putih Merajuk



Alahai kucingku Si Putih.  Sejak duamenjak ni dah pandai merajuk...dah hampir 2 minggu tidur kat tepi washing machine kat belakang rumah.  Dah tua2 pun nak merajuk.  Apa yg dia merajukkan pun ..i have no idea at all.  

Putih..Putih...bilalah kau nak masuk kembali duduk dalam rumah dan tidur atas favourite sofa kau tu Putih...

Tapi...ada juga kawan yg kata mungkin Putih nampak sesuatu yg menakutkan dalam rumah...sebab tu dia tak nak masuk rumah.  Ish..ish...tak baik cakap macam tu tau :(

Namun tiga malam lepas...masa hujan lebat, saya panggil Putih masuk dalam rumah.  Tanpa berlengah Putih masuk tapi terus menyelinap ke bawah kabinet tempat saya meletak kuali2 di ruang wet kitchen kami.

Entahlah...tak faham dengan anak angkat saya dari species  kucing Siam yang tak berapa nak Siam ni...just wait and see lah...bila agaknya Si Putih ni nak kembali tinggal di dalam rumah.