Wednesday, February 29, 2012

BR1M

Dua minggu lepas berlangsung majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M kepada penduduk di kawasan Parlimen Satok.  Majlis berlangsung di Stadium Perpaduan Kuching, bersebelahan bangunan pejabat tempat saya berkerja.  Gambar di atas itu saya ambil dgn  Blackberry saya dari jendela pejabat kami di tingkat 12.

BR1M adalah bantuan Kerajaan berjumlah RM500 kepada ketua isi rumah yang berpendapatan RM3000 ke bawah.  Ia pertama kali berlaku dalam sejarah Malaysia.

Difahamkan, penerima telah diberikan jadual untuk mengambil vaucher bantuan yang mana ia diagihkan selama 3 hari di Stadium tersebut.  Namun apa yang berlaku ialah majoriti datang pada hari pertama dan ia telah menyebabkan kesesakan yang teruk dari luar hingga ke dalam Stadium.

Cerita yang tidak enak didengar ialah ada yang hilang motorsikal semasa mengambil vaucher bantuan bernilai RM500 itu.  Bayangkan...dapat RM500, tapi rugi lebih RM3000.  Kasihan, memang kasihan.

Cerita Hindustan

Hari Sabtu lepas saya menonton cerita Hindustan yang paling saya minati...Sangam..yang disiar di TV3 pada jam 3:00 petang dan selesai jam 5:00 petang.  Cerita Sangam ni dikeluarkan dalam tahun 1964, tahun saya dilahirkan.  Maknanya cerita ni dah dibuat 48 tahun yang lalu. Sejak pertama kali  menonton cerita Sangam yang disiarkan di TV beberapa tahun lepas, pabila diulang tayang...saya pasti menonton lagi.  Jadi, saya pun tak tahu berapa kali sudah saya menonton cerita Sangam ni.

Sejak TV3 menguar-uarkan akan menayangkan cerita Sangam pada Sabtu 25 Februari...saya memang menunggu. Cerita Sangam ni mengisahkan dua orang lelaki bersahabat baik yang mencintai wanita yang sama. Ia sebuah love story yang amat menyanyat hati. Tak dapat tidak...air mata saya jatuh juga menghayati cerita ini.  Namun yang paling saya suka ialah lagu-lagunya :))



Tanda Cinta

Alhamdulillah...rasa Cinta yang ada dihati setiap insan itu adalah anugerah Allah.  Cinta yang ada dihati kita untuk teman hidup kita memang tak perlukan lambang, namun sekali-sekala pabila Mr Hubby beri bunga kepada saya....seronoknya...ia sungguh bermakna.