Posting no 4:
Semasa hendak balik dari Hospital petang tadi, salah seorang saudara-mara ayahku menegur aku begini "Yah nau rahsia kan mai ta'au lakai ih/ Ros, apa rahsia awak tak pernah tua"?, aku hanya tertawa kecil mendengar usikan begitu. Ah, mai ta'au lakai? ish..ish..mana ada orang yang tak tua2. Sebenarnya bukan dia sahaja yang pernah mengusikku begitu, sebenarnya aku dah biasa dengan usikan yang sebegitu. Aku harap itu pandangan ikhlas mereka. Terima kasih:)
Apabila orang mengatakan kita tak nampak setua umur kita yang sebenarnya, memang menyeronokkan namun ada ketikanya menakutkan. Menakutkan kerana takut kita lalai atau merasa syok sendiri. Semoga Allah menjauhkan aku dari sifat yang tercela.
Aku bersyukur kepada Allah jika benarlah aku ini nampak awet muda. Namun aku sendiri merasakan aku memanglah nampak setua umurku atau lebih tua dari umurku yang sekarang ini sudah menjangkau 46 tahun kalau ikut tahun Hijrah dan ikut tahun Masihi, aku masih 45 tahun.
Nampak muda atau nampak tua tak menjadi hal, janji aku masih disayangi suami dan badan masih sihat. Alhamdulillah.
Aku tidak ada apa-apa rahsia untuk awet muda, namun amalan aku dari dulu ialah berselawat setiap pagi apabila mencuci muka dan minum air kosong sebelum sarapan. Mungkin agaknya berkat selawat itu. Wallahulam.
Segala puji hanyalah bagi Allah.
No comments:
Post a Comment