Saturday, August 15, 2009

Saudara-mara

Posting no 3

Pagi tadi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Udak Amah, adik kepada ayahku. Udak Amah memaklumkan Ngah Waili, seorang lagi adik ayahku yang juga tinggal di Kuching ini sedang sakit tenat di Hospital Besar Kuching. Selepas mengambil Anis dari tempat tuition, aku pergi ke Hospital. Sampai aku di sana kedapatan beberapa ahli keluargaku yang lain sudah berada di situ. Aku sangat terkejut melihat keadaan Ngah Waili, dia sudah disambungkan kepada alat pernafasan. Spontan aku menangis, begitu sedih melihat keadaan dia. Aku difahamkan dia mengalami masalah fungsi buah pinggang. Ada beberapa saudara-maraku membacakan surah Yassin. Aku sendiri beberapa kali membisikkan kalimah syahadah ditelinga beliau. Ayahku datang dari Kampung lebih kurang jam 6 petang. Semua kami mendoakam semoga Ngah Waili sembuh dan dipanjangkan usia.

Ngah Waili atau Waili bin Suhaili merupakan adik ayahku yang ketiga. Ayahku anak sulung dari 11 adik-beradik. Tiga daripada adik beliau telah pergi terlebih dahulu termasuk seorang yang meninggal semasa kecil. Yak Unyau atau Ali @ Ahmad Tajuddin bin Suhaili telah meninggal dunia pada tahun 2006 manakala Anjang Jas atau Jasiah binti Suhaili telah meninggal dunia pada April 2009. Yak Unyau meninggal kerana kegagalan fungsi hati atau liver dan Anjang Jas pula kerana serangan stroke.

Aku doakan semoga Ngah Waili masih dipanjangkan umur dan kembali sihat seperti sedia-kala. Ameen.

No comments:

Post a Comment