Posting no.1:
What should i do Now? or in my own language it sounds like this: Yah nau bak an kau ih? Ah.. i really feel so bored right now or shall I say, most of the times recently. What got into me? apa nak jadi dengan aku ni? bosan..bosan dan bosan. Ah kenapa aku selalu rasa macam tu sekarang ni pun aku sendiri tak tahu. Mungkin sebab suamiku jauh nun di Putra Jaya dan kawan baik teman berborak pula sedang sakit. Buku? Ah.. dah beberapa hari aku tak baca buku. Kerja? ah..aku dah bosan dengan kerja. Kenapa aku bosan dengan kerja sekarang ni? mungkin sebab aku bosan dengan bos aku tu. Kalau dulu aku suka sangat pergi kerja, bila cuti tak pergi kemana-mana, aku gelisah, rasa nak cepat-cepat pergi Office. Masa tu rasanya office tu macam talian hayat keduaku. Masa tu, terasa hidup memang tak lengkap kalau beberapa hari tak pergi office. Agaknya aku ni dah jemu dengan kerja. Mana perginya perangai workaholic aku tu, kemana? Mana pergi nya? Sekarang ni bila hari Isnin menjelang, alamak,,,rasa nak undur semula ke hari Ahad. Ah..mungkin ini lumrah bila dah kerja lebih 21 tahun. April 2010 genaplah aku 22 tahun jadi kuli rakyat atau civil servant. Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana berpeluang menjadi civil servant walaupun tak mewah, tapi aku tak susah.
What should i do now? Ah...biar dululah. May be buat blog ni akan hilangkan rasa bosan aku ni buat sementara. So, bila aku boring, aku akan catat Cerita Kau Bai disini. Kalau orang boring membacanya, nasiblah. He..hee:)
No comments:
Post a Comment